TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Monday, February 1, 2010

PENGALAMAN BERSAMA ALONG (CETI)

Entri ni hanya berkongsi pengalaman dengan pembaca2 semua, ini kisah benar... yang berlaku pada zaman diri ini baru nak mula membina kehidupan sendiri. Hakikat tinggal di negeri yang memerlukan kos hidup yang tinggi. Rumah sewa masa tu pun RM700 sebulan walaupun hanya rumah teres kos rendah dua bilik. Nak2 pula hanya sebatang kara di situ. Nak xnak sewalah jugak dan berkongsi dengan tiga orang rakan2 yang lain...

Hidup yang memang ada pasang surutnya telah melibatkan diri ini dalam satu masalah. Masalah yang mungkin pada sesetengah orang amat mudah untuk diselesaikan... tetapi tidak kepada diri ini yang baru menjangkau usia 22 tahun ketika itu. Akibat masalah itu, diri ini memerlukan sejumlah wang untuk menyelesaikannya. Nak minta pada ibu ayah, xnak pula menyusahkan mereka di kampung. Jumlahnya mungkin banyak pada masa itu... RM1000. Dengan gaji yang baru di takuk RM500++, jumlah sebanyak itu memang mendatangkan masalah.

Berusaha ke sana kemarilah diri ini untuk meminjam wang. Nak pinjam pada kawan serumah pun sama je macam diri ini. Masa ni lah baru tau yang kenalan2 yang lain hanya nak kenal kita untuk berhibur. Bila susah, semua menjauhkan diri... bahkan ada yang siap menjemuh. Setelah buntu memikirkan jalan penyelesaian, diri ini nekad untuk meminjam duit dari ceti ALONG. Tanpa berlengah, diri ini menelefon nombor telefon ALONG yang boleh di perolehi dengan mudah di kota ini.

Perjumpaan pun dibuat. Tempat perjumpaan... dalam kereta ALONG tu. Seorang lelaki Cina. Memang x fikir soal keselamatan pada masa tu. Yang difikirkan hanyalah nak menyelesaikan masalah. Geran motor d cagarkan walaupun x d minta. ALONG pula dengan "baik hati" nya memberi jumlah wang yang dipinjam. Bukan dapat RM1000, sebaliknya RM800... setelah ditolak duti itu duti ini katanya. Tempoh perjanjian adalah selama sebulan dan diri ini dikehendaki membayar sejumlah RM1200. Bermakna.. ALONG makan RM400!

Nak di jadikan cerita... dalam tempoh itu diri ini telah bertukar tempat kerja. Memang bagus kerja ALONG. Mereka dapat mengesan diri ini bila tempoh perjanjian telah selamat. Diri ini tak sangka, balik je dari kerja ternampak 3 orang ALONG tercongok kat depan rumah di tempat baru. Untuk pengetahuan semua, kad ATM juga diserahkan pada ALONG masa tempoh perjanjian itu. Mereka memaklumkan bahawa gaji diri ini telah pun mereka keluarkan sebanyak RM700. Maka diri ni meminta tempoh satu hari lagi iaitu keesokkan harinya untuk menyelesaikan baki RM500. Selain itu diri ini meminta supaya geran motor dipulangkan dan mereka memulangkannya.

Sebelum pulang, terkeluar ayat dari mulut ALONG ini "Kamu lebih cantik dari dalam gambar".Berderau darah diri ini ketika itu. Keesokkannya ALONG ini datang seperti yang di janjikan dan diri ini dapat menyelesaikan baki RM500 setelah menjual motor yang menjadi aset selama ini. Takdelah pula ALONG ini menganggu lagi setelah hutang selesai dibayar.

Apa yang diri ini ingin kongsikan ialah pastikan kita menabung untuk diri sendiri. Jangan jadi seperti diri ini. Kalau ada sebarang masalah/ kecemasan yang terjadi tidaklah kita mengambil langkah yang membahayakan diri sendiri. Apa apapun diri ini bersyukur kerana apa yang berlaku menjadikan diri ini lebih matang dan di jadikan panduan untuk hari depan. Alhamdulillah ALLAH sentiasa melindungi diri ini.