TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Friday, February 26, 2010

NAMA ANAK - Doa Seorang Ibu

Semangat betul adik kesayangan tu nak cari nama untuk bakal anaknya. Ialah kan.. anak sulung. Menunggu setelah 2 tahun perkahwinan. Tentunya berkobar2. Tak payah kata dia.. semua ibu bapa pun begitu. Bukan saja anak sulung.. anak2 seterusnya juga tetap bersemangat. Kerana semangatnya yang berkobar2 tu.. datanglah mak buyung tu  (dulu ngata kat kita) ke rumah saya setelah balik kerja tadi. Nak meminjam buku NAMA-NAMA BAYI DALAM ISLAM.

Bercerita tentang buku ni... saya beli ketika mengandung anak sulung dulu. Punyalah membelek untuk cari nama anak. Sana sini saya gabungkan untuk mendapat makna yang saya sukai. Ialah.. saya yang akan panggil.. doa saya sebagai seorang ibu. Dengan harapan terbentuklah sikap positif anak tu nanti dengan panggilannya. Takde lah banyak nama yang di pilih. Tak sampai sepuluh pun. Tapi, dalam tak sampai sepuluh tu... satu pun tak menjadi nama anak saya yang sulung tu.

Sebaik saja melahirkan anak sulung menggunakan kaedah vacuum, saya di asingkan selama seminggu dari anak sulung saya. Apa yang jadi saya pun tak tahu. Yang pasti.. dia tak menangis selepas di lahirkan. Doktor tunjuk sekejap kepada saya dan terus membawanya keluar dari bilik bersalin. Dari kejauhan... baru saya dapat mendengar tangisannya. Bila berada semula di wad.. datuknya.. merangkap ayah saya bertanya nama apa yang ingin di beri pada anak? Terus terlintas jer MUHAMMAD MUSTAQIM.. sedangkan nama MUSTAQIM tiada dalam buku yang di beli. Tiba2 saya terniat biarlah dia menjadi seorang yang lurus. Menjadi SIRATULMUSTAQIM saya ke syurga nanti. Hilang terus nama2 yang telah di pilih. 

Anak kedua pula saya lahir melalui kaedah pembedahan. Yang ni namanya memang dah dirancang awal2. Dah tahu dah anak lelaki.. doktor pecah rahsia. Saya pilih dua nama. MUHAMMAD MUQHLIS (nama yang dicadangkan oleh seorang ustaz) dan ABU TALHAH (kerana saya suka membaca cerita2 perang panglima ISLAM ini). Saya niatkan dalam hati.. kalau mulutnya seperti abahnya.. namanya ABU TALHAH.. klo seperti saya.. namanya MUHAMMAD MUQHLIS. Jadi namanya MUHAMMAD MUQHLIS kerana gen mulut ibunya lebih dominan.

Siap pesan pada adik jangan ubuh nama anak panjang2. Banyak kelemahannya. Lagipun nanti panggil ringkas2 je. Mustaqim sekarang di panggil ALONG tetapi kadang2 saya tetap memanggilnya MUSTAQIM. Siap pesan padanya supaya menyuruh kawannya memanggil Mustaqim bukan Aqim atau Mus. Klo panggil Mus.. nanti ibu panggil MUSANG. Muqhlis pula di panggil adik kerana masih tak beradik walaupun dah berumur 5 tahun. Yang ni siap bagitau kawannya nama MUHAMMAD ADIK.. anak bertuah sungguh.

Nama memang memainkan peranan yang besar.. buanglah falsafah "Ada apa pada nama". Tapi, klo menulis bukan kerana nama.. itu boleh di jadikan prinsip. (^___^)