TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Friday, February 26, 2010

FOLLOWER KU MERAJUK

Ermmm... saya memang sedih bila dapati jumlah followers saya berkurangan. Bukan sedih pasal pe.. sedih memikirkan apa salah yang saya lakukan hingga dia tidak mahu lagi menjadi followers saya. Tapi.. apalah yang mampu saya laku kan. Itukan haknya. Haknya untuk mengikuti blog yang dia minati. Haknya untuk tidak ikut bila tidak suka lagi.

 
terima kasih kepada yang sudi.. saya sayang anda

Walaupun ada orang kata apa ada pada followers... saya amat menghargai kehadiran followers saya. Saya cuba mengenali siapa mereka. Walaupun ada juga yang follow dan minta di follow.. pasti saya buat dengan hati yang terbuka walaupun selepas difollow dia tidak lagi memollow saya (macam2 manusia)

Berbalik pada cerita asal.. dapat juga saya jawapannya kenapa dia merajuk. Rupa2nya semua pasal bisnes. Yalah.. Blog dia ni menjual produk. Memang cantik dan kreatif produk yang dijualnya sehingga saya dan rakan tertarik hati membuat pesanan. Kami beli untuk kegunaan diri sendiri dan sekolah. Ramai juga rakan2 guru yang lain yang mengorder kerana di pujuk oleh kami.

Dalam minggu ini.. ada le beberapa rakan guru yang lain memaklumkan bahawa barangan yang saya beli tu di jual dengan harga yang lebih murah di pasar malam area sini. Beza sekali ganda lak tu. Saya yang serba salah. Yalah... tentu rakan2 guru yang mengorder bising. Saya pun tak tahu lah nak maklumkan macamana. Anggaplah bukan rezeki kita. Lain kali kita beli lah di pasar malam pula.

Saya ingatkan hal tersebut habis camtu. Tak sangka lak tadi saya dapat mesej dari tuan punya blog tu. Mesej dia bertulis begini...
Salam, mesej from management, u boleh tengok kat blog len harga camne? nape mesti perkatakan mengenai tertipu? modal sendiri rm5, wat price do u expect we have 2 sell? in our blog we explain everything already, u have choice 2 not buy, tade paksaan, try think more wider, i know u can think coz awk seorang pendidik mungkin juga mendidik anak saya nanti, tq
Saya memang terkejut kerana saya memang xde komplen ape2. Mungkin ade rakan2 guru yang tidak berpuashati dan komplen padanya. Tapi yang saya sedih kerana kaitkan dengan perkataan pendidik tu.. (saya andaikan perkataan tu di tulis untuk menunjukkan saya bersikap tidak elok) saya tetap seorang CUSTOMER walaupun saya seorang pendidik dan dia harus tahu saya tiada pilihan kerana telah buat order telah sampai. 

Takpelah.. sudah rezekinya bila barangannya terjual. Saya cuma melahirkan rasa sedih saya. Saya mendoakan semoga bisnesnya bertambah maju dan terima kasih kerana pernah jadi follower saya..