Di suatu ari.. jam 9 pagi..Anak: Haaa apak! semat jer ari nii... ada plan baguih ke?Apak: Biase le.. hari ni kan ada perarakan kat kg kita ni... nak nyambut aper tah.. apak join jer.. mana le tau.. kot2 sangkut ngan saper2.. leh le ko dapat mak bru...Anak: baik xyah g lah apak..Apak: Ngaper lak.. ko x nak join ker?Anak: Aq bukan nak kurang ajar pak... aku xnak jd ank derhaka... tapi apak x patutlah ajak aq wat benda x baik... berdosa...Apak: la.. ngape lak ko ni.. apa yang x baik.. apa yg dosa???Anak: ARAK!!!!Apak: Nanti apak anto ko ke kelas tuisyen ye nak.. huhuhu
komen dari salah seorang pengomen:
Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.
Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.
Ketahuilah ia adalah hati.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
soksek2: lawak ni mungkin sekadar lawak kot.. xde menyentuh mana2 isu pun. Pengomen mungkin menyangka ia menyentuh isu2 tertentu... lawak ada batasnya.. tapi setakat manakah batasan lawak itu ditetapkan?