TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Friday, February 12, 2010

KEMAAFAN DENDAM YANG TERINDAH

Tiada insan yang sempurna didunia ini. Jangan berharap orang lain untuk menjadi sempurna dan tidak berbuat salah kepada dirimu, kerana dirimupun juga tidak sempurna dan tidak lari dalam melakukan kesilapan... samaada disedari atau tidak. Maafkan dan lupakanlah kesalahan dan keburukan orang lain, sebagaimana kamu ingin agar kesalahan dan keburukanmu dimaafi dan ditutupi.




Kebencianmu kepada orang lain tak akan membawa bahaya kepada mereka sebaliknya menjadi keburukan kepada dirimu sendiri. Hal itu akan menjadi api dalam hatimu yang akan membakar diri. Maafkanlah dan tetaplah berbuat baik kepada mereka yang pernah menyakitimu, kerana kemaafan dan kebaikan itu akan menjadi air yang sejuk didadamu. Tiada ruginya dalam memberi kemaafan tetapi dibalas dengan nilai yang tak terhingga...

soksek2: Indah pada kata tapi praktikal kah pada diri? Luka sudah sembuh tetapi parutnya masih ada...