suka sangat suara AMY ni.. POWER
Suara bukan sahaja aset utama bagi seorang penyanyi tetapi turut menjadi aset penting kepada seorang guru. Yang membezakannya... suara seorang penyanyi perlulah yang sedap didengar di telinga dan menarik jiwa. Suara cikgu pula.. sila abaikan kepentingan suara yang ada pada seorang penyanyi kerana walau sesedap atau seteruk mana suara seorang cikgu tu.. anak muridnya terpaksa juga menerima walaupun mengegar gegendang telinga (kesian tak?)
adusss.. camne lah boleh takde suara ni?
Memandangkan suara merupakan aset seorang guru lah menjadikan saya telah di beri MC oleh doktor. Doktor yang bagi ye... Ni lah baru betul seorang guru yang berbicara tanpa suara. Camne nak ajar anak murid tersayang lagi tercinta tu kalau takde suara? Bukan ckit2 tak ada suaranya... nak dengar dalam kelambu pun susah!
Sian murid2 tu esok. Nasib baik ada guru pelatih yang ambil alih jadual saya. Anak2 semua.. belajar elok2 tau. Jangan nakal2. Cikgu cuti.. JUMAAT, SABTU, AHAD, ISNIN, SELASA dan RABU. Alah.. lebih sehari jer dari anak2 semua. Khamis kena sekolah balik sebab sekolah tak ambil cuti peristiwa. Cikgu tak kisah.. jangan takde cuti cukup.
( gambar ehsan google)