Surat ni dah lama dapat sebenarnya dan saya abaikan sahaja. Sakit hati betul. Punyalah dah lama hidup tiba2 sampai pula surat saman ni! Peringatan pertama takde, kedua takde.. tiba2 AMARAN TERAKHIR! Gila Biar betul depe ni!
Pasal apa bengang sangat erk ya? Pasal... seumur hidup TAK PERNAH GUNA NOMBOR TU! Di sini saya taipkan semula isi kandungan surat tu...
Kami telah dilantik oleh XXXXXX Mobile Sdn Bhd untuk menguruskan segala hal ehwal akaun pelanggan XXXXXX. Kami telah di fahamkan oleh pihak XXXXXX bahawa Puan masih gagal menjelaskan bil tertunggak tersebut walaupun surat peringatan telah diberi.
(Mana ada surat peringatan wehhh! Tak pernahnya saya dapat pun! Bayang pun tak nampak! Jumlah bukan sedikit lak tu.. Nampak tak? RM368.15. Suka2 je nak minta duit orang banyak tu! Nombor tu nombor belah utara pulak tu.. ni bil zaman bila? Seingat saya, masa belajar kat utara dulu x pernah pun guna handpon! Zaman tu handpon baru je kluar. Saiz pun besar gedabak! Sukahati deme je...
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak XXXXXX menawarkan diskaun sebanyak 30% kepada puan sekiranya puan menjelaskan tunggakan di atas sepenuhnya dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat ini.
(Sukahati pihak deme je nak SUKACITA.. ingat saya suka ke?)
Sekiranya pihak puan masih gagal menjelaskan tunggakan tersebut, pihak kami akan mengambil tindakan undang2 terhadap puan. Segala kos dan tindakan dari pihak kami kelak akan tanggungan pihak puan.
(Hekkkk alaaaa... kalau kita kena tanggung lak! Yang kita tak bersalah ni boleh tak mengambil tindakan terhadap pihak dia kerana menyebabkan tekanan emosi! Kita kena tanggung kosnya! Habis tu kos kita yang nak call dia, duit minyak nak gi sana, masa terbuang dan bla2 kerana nak menyelesaikan hal yang kita tak pernah buat nak ke pihak deme tanggung???)
Kandungan nama dalam surat tu pun dah menyebabkan rasa tak puas hati! Bila masa lak dalam nama saya ada perkataan BATU? Nak kena sumpah jadi BATU ke? Tak mungkin salah taipkan? Syarikat guaman boleh ke membuat kesilapan dalam hal taip menaip ni? Tak percaya? Hah.. tengok yang saya bulatkan tu..
Saya dah menghubungi pihak guaman tu.. deme kata saya kena berurusan di PEJABAT UTAMA. Ni namanya menaya menyusahkan orang! Tak tahu lah nak pergi ke idak...Saya juga ada menelefon nombor yang tertera dan panggilan saya di jawab. Nombor tersebut di pakai oleh seorang anak muda yang tinggal di negeri UTARA.
soksek2: Banyak lak tanda ! dalam entri kali ni