TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Saturday, February 13, 2010

PERGILAH BUANG BAYI

Isu buang anak, memang tak habis2. Boleh kata setiap hari, terdengar cerita mengenainya. Yang terpapar di media, yang tak dimaklumkan juga. Pernahkah kita terfikir... kitalah penyebabnya?

Pernahkah terfikir...
Apabila kita mendengar atau ternampak benda atau perkara yang tidak sepatutnya berlaku (contohnya kehamilan sebelum kahwin) dalam kelompok masyarakat, pernahkah kita pergi tegur? Pernahkah kita cuba menghampiri dan menerima mereka. Bukan menghalalkan cara. Tapi mengelakkan mereka terjerumus ke dalam keadaan yang lebih parah. Selalunya... daripada kita pergi tegur, kita umpat habis-habisan. Kita kutuk, kita keji. Tanpa memikirkan perasaan dan tekanan yg dihadapi pesalah dalam kelompok masyarakat mereka, sedap mulut kita pong pang pong pang pasal anak si itu la, anak si ini la... kita tak sedar perbuatan kita itu akan menyebabkan tercetusnya gejala seperti pembuangan bayi. 

Untuk menutup malu, bayi dibuang. Tapi malu kepada siapa? Lebih kepada kita. Malu kepada ALLAH diketepikan... kerana pesalah merasa mereka berhadapan dengan masyarakat. Kenapa perlu malu? Masa buat tak malu? Ohhh.. jangan tanya seperti itu. Mereka sememangnya sudah bersalah, tapi salah mereka dengan ALLAH. Jika kita bermulut laser... salah kita dengan manusia. Bukankah mengumpat itu umpama memakan daging suadara sendiri. Tak akan masuk syurga selagi kita tak di maafkan. 

Jadilah kita masyarakat yang penyayang. Kalau sudah nampak salah silap, pergilah tegur, pergilah nasihat. Lindungilah pesalah. Biarkan pesalah rasa dilindungi supaya pesalah tak ambil langkah yang salah. Tutuplah keaibannya. Keaiban yang dibongkar bukannya menjadi pengajaran... sebaliknya menjadi maksiat lebih berleluasa. Perlu jadi busy body. Perlu jaga tepi kain orang. Tapi perlu dengan cara yang betul. Bukan di marah dan dikutuk2.

Perbincangan juga perlu dilakukan antara keluarga dan komuniti tempatan . Memang malu tapi biarkan. Biar mereka yang berzina ni menunjukkan bahawa anak2 muda zaman skarang tidak boleh syok sahaja. Fikir dulu sebelum buat. Jangan pinggir, jangan pulaukan. Ini masa mereka, mana tau terjadi kepada kita (semoga di jauhkan). Tak mustahil jika terlalu menghina... kita alami nasib yang sama.

soksek2
Di kawasan kejiranan saya ketika saya masih muda, ada berlaku kes seperti ini. Gadis itu menumpang teduh di kawasan kejiranan di situ setelah dipulaukan ditempat sendiri. Mengendong perut yang membesar. Dia tidak dicemuh sebaliknya dilindungi. Kejiranan di situ menghampirinya, menasihati secara lembut, mengajak dia beramal, membantu apabila dia susah (sebab tak bekerja). Sikap masyarakat di situ memberikan kekuatan dan keinsafan. Gadis itu akhirnya melahirkan bayinya dengan selamat dan membela bayi tersebut. Semoga masih wujud kejiranan seperti itu pada masa ini.

sumber gambar: google