TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Saturday, February 13, 2010

KETAHUI KELEBIHAN PRODUK PYRA COSMIC

Saya pernah menulis mengenai kebaikan produk yang saya gunakan ini semasa saya mula2 berblogging dahulu. Dengan tujuan untuk berkongsi kebaikan yang diperolehi. Produk PYRACOSMIC, INSYAALLAH dapat memberikan hasil yang kita ingini. Selain itu produk ini berdaftar di bawah PPIM dan di usahakan oleh orang melayu sendiri iaitu Dr. Mohd Lofti Ibrahim. Jika sesiapa yang pernah mendengar nama cikgu (panggilan untuk Dr. Mohd Lofti Ibrahim), cikgu ada muncul dalam SELAMAT PAGI MALAYSIA, setiap hari Selasa, jam 7 pagi. Berikut di antara barangan yang saya gunakan...
Sabun kelapa dara. Ia kaya dengan Vitamin E dan anti-oksida – untuk merawat pelbagai masalah kulit dan mengurangkan kesan kudis, ekszema dan psoriasis. Menanggalkan sel-sel mati dan mengembalikan keremajaan kulit, melembab dan melembutkan kulit. Merawat resdung dan jerawat, melambatkan proses penuaan dan mengurangkan kedutan dan garis halus di bawah mata dan wajah. Cubalah.. Harganya RM 29.00. Mahal??? x lah kerana sabun ini dapat digunakan dalam jangka masa yang panjang.

 Ini pula sabun limau purut. Khasiatnya membantu merawat dan mengurangkan gatal-gatal badan, mengurangkan bau badan, menyegarkan kulit, bersifat anti-bakteria, menghilangkan kedutan dan garis halus, mencerahkan dan menyerikan wajah, membersih, melembut dan menegangkan kulit. Harganya RM25.00. Saya hanya pakai pada waktu pagi. Digunakan sebelum memakai sabun kelapa dara.

Ini pula sabun pulut hitam. Berfungsi sebagai  ‘scrub’. Membantu menanggalkan sisa-sisa kotoran dan minyak pada kulit agar kulit kelihatan lebih bersih, cerah dan halus. Membantu merawat jerawat, jeragat dan kulit kusam. Harganya juga RM25.00. Saya memakai sabun ini sekali sekala seperti kita menggunakan scrub. Sabun ini juga di gunakan sebelum menggunakan sabun kelapa dara.

Day cream yang saya gunakan. Bertindak sebagai pelembab, pelindung sinaran matahari dan asas bedak. Antiseptiknya dapat membantu memelihara kulit agar sihat dan bersih. Ia juga menjadikan liang2 roma saya yang besar tidak kelihatan. Harganya RM69.00 tetapi dapat digunakan selama beberapa bulan. Sehingga kini masih setia dengan day cream ini kerana saya merasakan kebaikan tidak sama dengan produk2 lain yang telah saya gunakan.

Pyra compact powder. Bedak compact yang terbaik pernah saya temui kerana ia kekal di wajah sampaikan kawan2 menyangka saya sentiasa touch up wajah ketika bekerja tetapi sebenarnya itulah kelebihan bedak ini. Wajah pula tampak lebih sihat dan bertenaga. Hanya dengan solekan yang nipis, ia mampu bertahan sepanjang hari. 

Sekiranya anda berminat, anda boleh mengetahui keterangan lanjut disini.