TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Monday, February 8, 2010

KENAPA MR. SUPERMAN PERLU BAGI KAMERA INI PADA SAYA

 

Ku belek2 ku usik2,
Kamera Digital idaman ramai,
Hasrat di hati ingin merisik,
Apa kan daya hajat x sampai

Lama dah rasanya nakkan KAMERA ni... asyik tertangguh je hasrat tu.. maklum le ekonomoney. Anak2 sedang membesar. Walaupun ade yang murah, nak beli biar berbaloi. Melihat saja contest ni.. bagai pucuk di cipta ulam mendatang! Ingin rasanya dicicah bersama sambal. Ku sangkakan hero pujaan hatiku "Clark Kent" merangkap SUPERMAN je yang baik hati dalam cerita SUPERMAN tu (sebab suka tolong-menolong). Rupa2nya MR. SUPERMAN kita ni lagi BAIK HATI kerana menawarkan hadiah yang memangnya menjadi PUJAAN HATIKU.. (bukan lubang hidung daa)

Maka ketahui MR. SUPERMAN... sebab musabab kenapa MR. SUPERMAN perlu bagi kamera itu kepadaku:

Ingin ku rakamkan saat2 indah anak2 ku membesar supaya dapat menjadi kenangan pada mereka apabila dewasa ( pernah terjadi saat anak sulungku menerima hadiah tempat pertama di tadikanya, saya tidak dapat merakamkan kenangan manis itu apabila kamera yang ingin dipinjam turut digunakan oleh tuan empunya) - sejak itulah saya sedari kepentingan kamera ini dan bercita2 memilikinya.
Hanya satu dan utama