Derhakakah saya? Ohhh... mudah2an di jauhkan. Bukan niat di hati nak jadi derhaka pada suami, namun kadangkala tanpa disedari ia terjadi. Saya nak cerita pengalaman saya. Pengalaman yang hampir menjurus menjadi isteri yang derhaka. Sememangnya ALLAH itu mengasihi hambanya... memberikan alamat sebelum terlewat.
Teringat saya pada kisah yang berlaku beberapa tahun yang lalu. Kisah yang amat remeh di pandangan mata namun natijahnya amat bisa. Puncanya hanya pasal telur! Saya selalu membebel apabila suami selalu menghabiskan telur yang saya beli tetapi tidak menggantikannya semula. Hati Angin kerana di saat darurat untuk makan anak2, tiada apa yang boleh di masak. Tidaklah pula saya memarahinya secara berdepan tetapi membebel di belakangnya. Nak jadi cerita suatu hari rumah saya berbau busuk sangat! Saya mencari puncanya, tetapi tidak di temui. Bau berlanjutan hingga beberapa hari.
Pekerjaan suami memaksa dia pulang seminggu sekali. Apabila dia pulang, dia yang menemui jawapan bagi bau busuk tersebut. Rupa2nya itu bau telur pecah dan sudah berulat. YA ALLAH! Macamana hal tersebut boleh berlaku? Kenapa dalam minggu itu saya tak terfikir pun pasal telur? Kenapa ALLAH menutup pandangan mata saya sedangkan telur tersebut sangat jelas di pandangan mata? Saya INSAF... Saya memohon keampunan pada suami. ALLAH masih sayangkan saya. Mungkin itu balasan kepada sikap saya yang mengutuk suami di belakangnya.
Tapi hal tersebut belum menjadi pengajaran bagi saya. Saya masih membebel tentang sikap suami. Kali ini tentang sikapnya yang membiarkan gula pasir berterabur selepas membuat air. Apalah susahnya untuk membersihkan semula jika sudah bersepah, detik hati saya. Tetapi kali ini saya bising di depannya. Setiap kali dia buat perangai saya akan membebel.
Mungkin kerana tiada keinsafan dalam diri.. maka sekali lagi ALLAH mengingatkan. Sewaktu saya membuat air.. tiba2 sahaja, bekas yang mengandungi gula jatuh ke lantai. Habis berterabur kesemua gula dalam bekas tersebut! Saya pun tak tahu bagaimana ia berlaku. Seolah2 ia jatuh dengan sendiri. Sekali lagi saya tersentak. Sekali lagi saya tersedar. Sekali lagi juga saya mohon kemaafan pada suami. Alhamdulillah suami memaafkan kesalahan2 saya itu.
Kini saya selalu mengingatkan diri supaya menerima suami seadanya. Memang dia ada kelemahan tapi kebaikannya tidak kurang juga. Suami turut mengambil ikhtiar.. mengubah sikap2nya yang tidak menyenangkan. Sememangnya hadirnya pasangan itu adalah untuk melengkapi antara satu sama lain. Semoga rumahtangga kami bahagia selamanya.
sumber gambar: google