"Percintaan dengan dirimu bak episod kasih sayang yang indah rupanya, hati kita membisikkan kata cinta, cinta yang yang bakal mengisi kehidupan bersama...Walaupun aku jarang melafazkan kata cintaku, namun aku sentiasa mencari jalan untuk menunjukkan betapa dalamnya cintaku padamu, jelingan manja, sentuhan yang penuh makna dan suara yang penuh dengan nada sayang merupakan beberapa contoh sahaja usahaku ini... semoga engkau mengerti, cintaku padamu sukar ku lafazkan, melalui kata-kata yang romantis... cuma hargailah keikhlasan ini..."
(ayat ungu di depan kad... ayat biru tambahan darinya di dalam kad)
Punyalah gelak besar kat dia(suami), masa mula2 dapat kad yang mengandungi ayat ni... (sian dia). Yelah.. elok2 kawan rapat tetiba lak dia hantar kad ni. Itulah namanya JODOH kan. Setelah berkawan rapat selama 15 tahun (dari waktu sekolah lagi), akhirnya selepas 3 hari dia meluahkan cinta, kami pun bertunang dan dalam tempoh 8 bulan bertunang, kami pun sah bergelar suami isteri. Klolah awal2 dah kawen, anak tentu dah besar punya. Opppsss sorry.. cikgu terfeelinglah pula! Jadi kepada sesiapa yang berminat bolehlah mengetahui keterangan lanjutnya disini
Maaf Cik Natasha, saya xde gambar aksi paling romantik suami( suami susah nak bergambar), jadi saya gantikan gambar ni sebagai aksi romantik olehnya...
kad yang dikirim oleh sidia(suami) yang mengandungi luahan rasa cinta dirinya pada diri ini.. (bagi saya romantik gak caranya dan kad tu sangat cantik!)
p/s- dah tangkap gambar dalam kad untuk dijadikan bukti (guna web cam) tapi kaburlah natasha, ayat tu asli ye.. xde akak nak ta ya pa wau ye.. (percayalah....)