TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Sunday, February 14, 2010

ALHAMDULILLAH

Akhirnya skuter itu pulang semula pada tuannya. Alhamdulillah. Segala diselesaikan cara baik. Petang tadi saya pergi ke rumah budak tu. Salam diberi, tangan dihulur. Bertentang mata dengan si Ibu. Memaklumkan hasrat menuntut semula skuter yang di ambil anaknya. Si ibu pun memanggil anaknya. Si anak diam menyepi. Rupa2nya pintu bilik telah dikunci. Menyorok dalam almari.

Si Ibu naik ke atas. Berbicara dengan anaknya. Skuter di bawa turun sambil bertanya.."Skuter inikah kepunyaan saya?". Saya pun membelek. Ya, memang skuter saya. Saya memaklumkan anak saya yang leka. Menempatkan skuter merata2. Si Ibu memaklumkan, anaknya berkata skuter ini di jumpai oleh anaknya. Sudah berkali2 dia menyuruh anaknya meletakkan semula, ingatkan sudah di pulangkan, rupanya tidak.

Saya tidak memanjang cerita. Hanya ucapkan terima kasih. Syukur skuter di pulangkan semula. Selepas ini lebih berhati2. Dalam menjaga hak sendiri. ALHAMDULILLAH.