Rumah saya dekat dengan Tanjung Rambutan. Sebut je Tanjung Rambutan, selalunya orang kan terbayangkan tempat orang2 yang tidak siuman(gila). Hari ini saya nak mengikis sedikit tanggapan orang ramai. Mereka2 yang ditempatkan di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan ni sememangnya gila (maaf jika kasar). Tetapi, mereka hanya gila emosi, tidak pula pada intelek.
Kalau anda semua ingin tahu, kebanyakkan pesakit di sini (lebih sesuai panggilan ini rasanya), terdiri daripada golongan bijak pandai. Mereka bijak intelek, tetapi mereka gagal mengawal emosi mereka. Yang saya ingin ceritakan adalah mengenai intelek mereka. Kadang2, kita yang waras pun tidak boleh memikirkan penyelesaiannya sesuatu masalah (tidak melibatkan masalah emosi), tetapi.. pesakit ini mempunyai jawapannya.
Sebagai contoh, adalah satu kisah masa dulu, terdapat le seorang doktor yang buntu kerana nat salah satu tayar keretanya telah dicuri. Keempat2 nat telah dicuri. Doktor tu pening le memikir bagaimana dia nak pulang ke rumah tanpa nat tayarnya. Mahu tercabut sebelah tayar tu dalam perjalanan pulang. Termenung memikirkan masalahnya, datanglah seorang pesakitnya bertanya tentang masalah yang dihadapi oleh doktor tadi. Sebagai seorang doktor pakar sakit jiwa, doktor itu pun melayan lah pesakitnya. Dia pun bercerita tentang masalah yang di hadapinya.
Pesakit itu hanya tersenyum kepada doktor tadi seraya berkata ," Masalah ini senang untuk diselesaikan doktor. Doktor hanya perlu meminjam 1 nat dari setiap satu tayar dan memasang kepada tayar yang tiada natnya, jadi.. setiap satu tayar akan mempunyai 3 nat. Doktor pandu perlahan2 dan pergilah ke kedai kereta untuk memasang semula nat kereta doctor". Terpegun doctor tersebut mendengar jawapan yang di berikan oleh pesakitnya. Dalam hatinya turut mengakui kelogikan jawapan bagi masalah tersebut.
Saya pernah melihat pesakit2 di sini mengadakan talentime. Sememangnya mereka sungguh berbakat. Ada yang lebih berbakat dari kita di luar sini. Sebenarnya, banyak yang sudah beransur pulih, tetapi mereka enggan pulang kepada pangkuan keluarga atau masyarakat. Ini adalah sikap keluarga atau masyarakat sendiri yang selalu memandang serong kepada mereka dan sentiasa melabelkan mereka sebagai orang gila. Inilah mentaliti masyarakat kita, sedangkan orang yang kurang siuman ini, sudah terjamin tempatnya di syurga kalau dibanding dengan kita.
Soksek2: Teringat saya sewaktu Hospital Bahagia Tanjung Rambutan mengadakan Hari Terbuka masa saya remaja dulu. Dari jauh, saya ternampak pesakit yang tengah duduk bersembang (empat orang). Apabila lalu di depan mereka, serta merta keempat2 pesakit ini bangun dan mengucapkan "Selamat PAgi Cikgu". Masin mulut deme ye…