TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Friday, December 25, 2009

KONGSI ILMU

6 Sifat dan Kualiti Peribadi Seorang Guru


Peranan yang dimainkan oleh guru dalam bidang pendidikan, selain menyebar ilmu, segala tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada murid-muridnya. Oleh yang demikian, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, prefesional dan sosial yang baik dan murni...

6 Sifat dan Kualiti Yang Patut Ada Pada Setiap Orang Guru:
1.  Baik Hati: Sikap baik hati dan timbang rasa seseorang guru amat dihargai oleh murid-murid kerana mereka akan belajar dalam suasana yang tenteram, yakin dan senang hati.

2.  Jenaka:  Sifat jenaka seseorang guru akan membawa suasana riang gembira kepada murid-murid dalam bilik darjah. Guru yang suka berjenaka adalah guru yang suka didekati oleh muridnya.

3. Sabar:  Seseorang guru yang mempunyai sifat sabar adalah guru yang boleh mengawal perasaan diri. Guru yang bersabar akan dapat menjalin perhubungan yang erat dengan murid-muridnya.

4. Bertanggungjawab:  Sifat bertanggungjawab akan sentiasa mendorongkan guru mementingkan tugas yang telah diamanahkan kepadanya. Beliau juga akan sentiasa berusaha mejalankan tugasnya dengan sempurna.

5. Yakin:  Guru yang mempunyai sifat yakin tidak akan merasa takut apabila perlu membuat sesuatu tindakan atau keputusan. Murid-murid akan lebih menghormati guru yang boleh mengambil tindakan dengan tegas.

6. Kepimpinan:  Murid-murid akan mematuhi segala tunjuk ajar dan arahan guru yang mewarisi sifat kepimpinan dan juga kualiti kepimpinan. Dengan kualiti kepimpinan ini, segala aktiviti pembelajaran akan dapat dijalankan dengan licin dan lebih berkesan.

Mengikut Nilai-nilai Keguruan, kualiti peribadi seseorang guru merangkumi sifat mesra, adil, luwes, kecindan, tegas, berdedikasi, berwibawa dan bertoleransi.  Sekian terima kasih...

Petikan di ambil daripada http://www.cikgublog.com/

1 comment:

  1. yep saya setuju tuh cikgu isza..hohohoh..kongsi2lah ilmu lagi ye cikgu...

    ReplyDelete

Tuliskan apa yang terfikir,
ianya amat dihargai.. thx