TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Friday, December 25, 2009

HALAL DAN HARAM


  Saya perhatikan semenjak kebelakangan ni isu ini semakin mendapat perhatian ramai, terutama isu halal dan haramnya makanan yang berada di pasaran.Walaupun banyak info yang didapati tapi ada juga individu yang memandang sepi perkara tersebut. Ialah setiap orang mempunyai pendapatnya sendiri, terpulanglah pada diri masing2 untuk mempercayai atau tidak, yang penting jika kita merasa was2 janganlah kita meneruskankannya, tapi klo kita merasa yakin sekalipun x salah kita mengambil langkah berjaga2...

     Saya sendiri mengambil keputusan berhati2 dalam memilih produk makanan di pasaran. Apa yang saya amalkan ialah setiap produk di pasaran mestilah mempunyai logo halal dari JAKIM yang diiktiraf. Bagaimana untuk memastikan produk tersebut diiktiraf? Senang saja... anda boleh cek melalui sms (Taip saja HALAL diikuti no siri produk ) kemudian hantar ke 32728. Jika produk tersebut ada dalam senarai JAKIM, kita akan menerima mesej pengesahan, jika tiada pun.. kita juga akan menerima mesej makluman mengenainya.

    Seharusnya kita mengambil penting tentang halal atau haramnya sesuatu produk makanan kerana makanan akan menjadi darah daging kita. Kita sudah tentu tidak mahu diri kita bertumbuh daripada benda2 yang haram apatah lagi dalam pembesaran anak2 kita. Jika kita tidak mengambil berat perkara ini dikhuatiri anak2 trutamanya... yang bakal meneruskan generasi masa kini membesar menjadi anak yang penuh masalah serta sukar mengamalkan lunas2 islam dalam hidup mereka.

1 comment:

  1. nice post...masyarakat skang bnyk amik sambil lewa pasal halal haram sesuatu makanan...semoga kita dapat mengamalkan langkah berjage2 untuk mendapatkan produk makanan yg halal terutama untuk anak2 yg sedang membesar...

    ReplyDelete

Tuliskan apa yang terfikir,
ianya amat dihargai.. thx