Tak tau kenapa saya ingin meluahkan pendapat saya mengenai tajuk ini. Berhari2 saya memikirkannya. Mungkin juga ekoran daripada pengisian dalam mesyuarat sekolah hari itu di mana saya di maklumkan bahawa murid2 tahum 6 tahun hadapan akan dibahagikan kepada kelas projek, kelas sederhana dan kelas lemah. Memang saya sedia maklum bahawa tindakan yang diambil oleh pihak sekolah telah mengambil kira segala aspek trutamanya dalam memberikan yang terbaik untuk anak murid. Saya juga tidak membantah kerana setiap perkara mempunyai pro dan kontranya. Guru2 yang dipilih untuk mengajar di kelas ini merupakan guru2 yang sukarela dan akan melakukan sebaik mungkin dalam meningkatkan pendidikan murid2 di kelas ini. Saya amat berbangga dengan kesanggupan guru2 tersebut. Namun begitu apa yang menjadi kebimbangan saya ialah akan wujudnya beberapa situasi negatif seperti...
Murid2 yang lebih pandai akan menjauhi diri daripada mereka.
- Ini kerana kebanyakkan murid2 di kelas ini mempunyai sikap yang negatif yang tidak disukai oleh murid2 yang lain seperti nakal, tidak mempunyai keinginan untuk belajar, penampilan diri yang tidak kemas... dll.
Murid2 ini juga akan kerap dikritik.
- Murid2 sebegini selalunya mempunyai tahap keyakinan diri yang rendah. Ini menjadikan murid2 ini selalu dikritik. Kritikan yang di beri akan mendatangkan 2 hasil samaada murid akan menjadikan sebagai satu cabaran ataupun murid akan menambahkan lagi rasa rendah diri pada murid2 tersebut. Melalui pemerhatian saya selama menjadi guru, murid2 lemah ini selalunya akan semakin merasa rendah diri dan ini menjadikan murid2 tidak mahu mengambil langkah memajukan diri.
Murid2 yang ditempatkan di dalam kelompok pelajar-pelajar yang sama taraf akademiknya dan secara relatifnya juga bermasalah dan mempunyai sikap anti-sosial.
-Ini akan menyebabkan skop pergaulan mereka terbatas kepada pelajar-pelajar yang lemah dalam matapelajaran dan bermasalah sama seperti mereka.Ia juga akan menjadikan kurangnya daya saing dalam diri mereka dalam memajukan diri masing2
-Sesetengah daripada mereka membentuk geng-geng ataupun deviant cliques. Murid2 seperti ini akan menjerumuskan mereka kepada peningkatan sikap-sikap agresif, anti-sosial, tidak mementingkan pelajaran dan terjebak di dalam aktiviti-aktiviti yang berbau jenayah.
Terdapat juga golongan pelajar yang memencilkan diri, hilang pegangan role model mereka iaitu ibubapa dan guru dan sebagainya.
-Pengasingan kelas juga akan menyebabkan adanya murid2 yang merasa diri mereka tidak diperlukan/ dihargai. Ini akan menyebabkan mereka sangat senang terpengaruh dengan anasir-anasir kurang sihat di kalangan masyarakat. Mereka yang selama ini hilang tempat mengadu dan kasih sayang, merasakan bahawa dengan mengikuti anasir-anasir ini, mereka akan dapat lari ataupun melupakan segala masalah mereka.
Menggandakan sikap hostile dan benci mereka terhadap masyarakat sekolah.
Pengasingan kelas juga berkemungkinan besar mewujudkan sikap di atas akibat murid merasakan mereka hanya mendatangkan masalah kepada pihak sekolah. Jika senario ini kekal dan berterusan, akan menyusullah kejadian-kejadian tidak sihat seperti vandalisme, peras ugut dan sebagainya.
Namun begitu saya percaya jika pihak sekolah mengambil langkah yang betul dalam menangani segala kontra yang berkemungkinan, masalah2 yang wujud pasti dapat diatasi sebaik mungkin. Kita tidak mampu untuk membazirkan tenaga rakyat sendiri walaupun hanya satu, biarpun ianya seorang manusia yang bergelar murid bermasalah. Semoga niat yang baik akan di balas dengan hasil yang baik juga...
No comments:
Post a Comment
Tuliskan apa yang terfikir,
ianya amat dihargai.. thx