TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Wednesday, December 16, 2009

PYRA COSMIC

Hari ni saya nak berkongsi produk kecantikan yang saya guna. Selama ini banyak produk kecantikan yang tlah saya gunakan tetapi tidak mendapat hasil yang dikehendaki. Kulit muka saya tidaklah mengalami masalah yang teruk..
hanya kelihatan kusam xbermaya dan mempunyai liang2 roma yang besar. Saya mengenali produk Pyra ni pun secara x sengaja sewaktu Pyra mengadakan promosi di tempat tinggal saya. Mula2 saya hanya mengambil pamplet yang di beri. Setelah membelek pamplet tersebut.. hati saya terbuka untuk mencuba satu sabun yang dikenali sebagai sabun kelapa dara. Pertama kali menggunakan sabun tersebut saya terus dapat merasakan perbezaan di wajah saya. Saya seperti mengalami satu situasi yang tenang. Dalam tempoh 3 hari saja kawan2 saya menegur perubahan pada wajah saya. Semenjak dari itu saya terus mencuba beberapa produk Pyra yang lain dan saya memang berpuas hati. Setakat hari ini saya masih setia dengan produk Pyra dan tidak akan beralih kepada jenama yang lain. Di sini saya sertakan beberapa jenis produk yang tlah saya guna dan cuba..
 Inilah dia sabun kelapa dara. Ia kaya dengan Vitamin E dan anti-oksida – untuk merawat pelbagai masalah kulit dan mengurangkan kesan kudis, ekszema dan psoriasis. Menanggalkan sel-sel mati dan mengembalikan keremajaan kulit, melembab dan melembutkan kulit. Merawat resdung dan jerawat, melambatkan proses penuaan dan mengurangkan kedutan dan garis halus di bawah mata dan wajah. Cubalah.. Harganya RM 29.00. Mahal??? X lah kerana sabun ini dapat digunakan dalam jangka masa yang panjang.



 Ini pula sabun limau purut. Khasiatnya membantu merawat dan mengurangkan gatal-gatal badan, mengurangkan bau badan, menyegarkan kulit, bersifat anti-bakteria, menghilangkan kedutan dan garis halus, mencerahkan dan menyerikan wajah, membersih, melembut dan menegangkan kulit. Harganya RM25.00. Saya hanya pakai pada waktu pagi. Digunakan sebelum memakai sabun kelapa dara.



Ini pula sabun pulut hitam. Berfungsi sebagai  ‘scrub’. Membantu menanggalkan sisa-sisa kotoran dan minyak pada kulit agar kulit kelihatan lebih bersih, cerah dan halus. Membantu merawat jerawat, jeragat dan kulit kusam. Harganya juga RM25.00. Saya memakai sabun ini sekali sekala seperti kita menggunakan scrub. sabun ini juga dugunakan sebelum menggunakan sabun kelapa dara.





Day cream yang saya gunakan. Bertindak sebagai pelembab, pelindung sinaran matahari dan asas bedak. Antiseptiknya dapat membantu memelihara kulit agar sihat dan bersih. Ia juga menjadikan liang2 roma saya yang besar tidak kelihatan. Harganya RM69.00 tetapi dapat digunakan selama beberapa bulan.





Pyra compact powder. Bedak compact yang terbaik pernah saya temui kerana ia kekal di wajah sampaikan kawan2 menyangka saya sentiasa touch up wajah ketika bekerja tetapi sebenarnya itulah kelebihan bedak ini. Wajah pula tampak lebih sihat dan bertenaga. Hanya dengan solekan yang nipis, ia mampu bertahan sepanjang hari. 


Tujuan saya berkongsi kelebihan produk ini hanyalah untuk berkongsi kebaikannya yang telah saya perolehi. Saya syorkan kepada anda untuk mencuba dan merasai kelebihan produk ini. Pasti tidak rugi.

No comments:

Post a Comment

Tuliskan apa yang terfikir,
ianya amat dihargai.. thx