TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Showing posts with label sikap masyarakat. Show all posts
Showing posts with label sikap masyarakat. Show all posts

Tuesday, February 14, 2012

Ekor dan Buas

"BUDAK 3 ekor tu.. buas sungguh!"

Errr.. errr..

Masa zaman sekolah dulu tak belajar penjodoh bilangan ke Cik Kak?

Friday, January 20, 2012

Semakin payah untuk memiliki

Semakin payah untuk memilikinya, semakin tinggi nilainya

Benarkah?

Adakah disebabkan ini barangan percuma yang diberi tidak dihargai?

Wednesday, November 2, 2011

Kenapa menafikan hak sendiri ?

Bila berada dalam kumpulan wanita yang tertindas.. apalagi yang mampu diberi selain rasa simpati. Kena-kena pula mereka ini terdiri daripada golongan isi rumah yang tidak bekerja. Kalau suami kata "Engkau.. kalau aku tak tanggung.. mampus merempat!".. pun sanggup ditelan dan terima hakikat apa yang dikatakan suami itu benar. 

Thursday, September 8, 2011

Berbalas

Lucu pula..

Budaya menghulur di kawasan kejiranan. Sekali.. sekala.. apa salahnya memberi.. orang lain merasa. Dan sebagai tanda berbahasa bila orang berbudi.. bekas yang diberi mesti berisi ganti.

Saturday, September 3, 2011

Bukan nak timbul isu - Jangan anak-anak jadi mangsa

Memang bukan niat nak timbulkan isu pun tapi bila sering sangat terjadi dan berlaku depan mata.. nak juga bersuara. Bukan sekali dua diperhati.. dah bertahun-tahun.

Sunday, August 21, 2011

Jangan main depan rumah orang!

Bab ni saya memang tak tahan sabar. Nak tegur salah... tak tegur pun salah. Kalau time nak dekat raya.. inilah isu yang selalu menyakitkan hati. 

Yang paling tak faham.. kenapa nak main depan rumah orang? Kenapa nak 'tala' kat rumah orang. Kenapa tak baling depan rumah sendiri. Letuplah depan pintu rumah sendiri. Takde hal pun.

Saturday, August 13, 2011

Kenapa menipu? - Mereka juga ada hak dan berhak

Dah lama saya perhatikan. Samaada terlibat sendiri dalam situasi tersebut atau melihat perkara tersebut berlaku pada orang lain. Kenapa menipu?

Wednesday, May 4, 2011

Tak kuasa menghalang - Biar je lah

Adakah larangan menjual rokok pada golongan yang berumur 18 tahun ke bawah telah ditarik balik?

Tuesday, May 3, 2011

Tak dipukul kerana tak pandai

Saya tertarik dengan sebuah tajuk di dalam akhbar terkemuka. Tajuk yang gempak tak membawa maksud dalam pengalaman yang dicerita. Tajuk yang boleh mengundang persepsi yang tidak baik jika isi tidak di dalami.

Thursday, April 7, 2011

Kenapa disorok?

Berat mata memandang.. berat lagi bahu yang memikul. Bila kehidupan memaksa beraliran terus dengan pemikiran penghuninya menjadi manusia yang terbabit terus memencil dalam dunia tersendiri.

Tuesday, March 22, 2011

Kesian orang perempuan

Orang ni salahkan orang tu.. orang tu salahkan orang ni. Bila terjadi sesuatu hal.. jarang sesekali seseorang itu menyalahkan dirinya sendiri.

Thursday, March 17, 2011

Orang pelik

Pelik bila saya lihat mereka begitu senang hati menjamu selera di restoran yang terang tak payah bersuluh kepunyaan cha ya nun alif. Tiada sedikit pun rasa ragu-ragu.

Monday, March 7, 2011

Jangan risau - Saya tak bawa balik jantan

"Makcik Isza... abah kata.. dia tak percaya kami lepak dengan makcik Isza... dia kata.. kami lepak dengan jantan..".

Anak dara jiran ni mengadu. Alahaiii...

Sunday, March 6, 2011

Anak tak guna!

Apa kategori yang menetapkan anak tak guna sebagai tak guna?

Bila nafsu amarah menguasai diri.. ayat ditutur tak bertapis lagi. Kenapa mudah menyumpah anak sendiri?

Saturday, March 5, 2011

Akak ada duit tak? - Sila baca dalam nada memaksa

Macam-macam manusia ni. Badan sihat otak cergas (cergaslah kan kalau ada jer idea nak dapatkan duit) tapi selalu digunakan ke arah jalan yang salah. Ada ke jalan yang salah? Yang salah ialah manusia yang memilih jalan tersebut...

Tetiba jer cermin kereta saya diketuk.

Thursday, March 3, 2011

Terberak dalam seluar akibat takutkan cikgu? - Cikgu bukan orang gila nak marah tak tentu pasal

Menerima panggilan dari pihak sekolah yang anak terberak dalam seluar. Apahal lah anak ni? Dah besar-besar pun berak dalam seluar lagi. Berak.. bukannya cirit...

Sunday, February 27, 2011

Akak.. tolong sama kita jugakk akakkk...

Rumah saya telah didatangi oleh seorang perempuan India. Tak tua sangat.. tak muda juga.

"Akak.. ada kerja juga akak. Kasi saya kerja juga. Mahu cari sikit duit.. beli amma punya pampers dengan oats kasi.."

Friday, February 18, 2011

Study mengalahkan doktor

"Masa saya belajar kat Ireland nak jadi doktor tak pernah pun saya bangun pukul 4 pagi untuk study".

Luahan seorang doktor hensem bila berbicara tentang kerja sekolah anaknya.

Wednesday, February 2, 2011

Thursday, January 27, 2011

Tak pandai didik anak - Kenapa tersentap?

Sedikit sebanyak... mesti tersentuh naluri keibubapaan jika dikatakan tidak pandai mendidik anak. Samaada hakikatnya diri memang tidak pandai mendidik (alpa), tiada mana-mana ibubapa pun rasanya yang boleh terima hakikat yang mereka tidak pandai mendidik anak.