Membaca entri yang INI membuatkan saya tersenyum sendiri. Kemain stress lagi bila kena siapkan tugasan yang diberi. Saya orang kedua siapkan benda tu jadi tiadalah hadiah. Eh.. eh.. orang pertama tu ada dapat hadiah ke hari tu? Nak kena siasat niii..
Showing posts with label belajar matematik. Show all posts
Showing posts with label belajar matematik. Show all posts
Sunday, December 18, 2011
Tuesday, October 18, 2011
Jenuh!
Fuhhh.. nak kata berpeluh tak berpeluh tapi.. jujurnya sampai biul le sekejap nak siapkan benda ni. Boleh jadi cerita hikayat tiga hari tiga malam! Blog pun pandang jeling-jeling ala gitu-gitu jer. Blog kawan-kawan pun jenguk tanpa bicara..
Tuesday, October 11, 2011
Penambahan mudah - Teknik "Jari dan Kepala"
Pernah lihat tak aksi anak-anak kecil mengira? Kalau jari menjadi bahan bantunya.. alamat dengan jari kaki habis dia campur sekali. Tak cukup jari.. dengan apa saja anggota badan akan dia cuba gunakan.
Thursday, April 7, 2011
Lembaran Kerja Matematik Tahun 3 - Bahagi
Dapatkan contoh lembaran kerja matematik tahun 3. Sila klik link di bawah..
Thursday, January 20, 2011
Selalu bising kat anak murid jer - Kena-kena anak sendiri pun begitu juga
Bukan senang nak ajar anak orang... lagi susah nak ajar anak sendiri. Itu baru mengajar... belum bab mendidik. Apalagi bila melibatkan matapelajaran matematik. Segalanya fakta... ada tertib dan tatacaranya.
Friday, October 1, 2010
Hati kecewa dengan sikap anak murid - Balas dendam? Biar kamu rasa apa yang cikgu rasa...
Kecewa...
Tiga hari tempoh diberi untuk menyiapkan kerja sekolah...
Hasilnya...
10 soalan diberi.. paling banyak hanya 6 soalan disiapkan..
Itupun bukan semuanya betul...
Alasan... KAMI TAK TAHU!
Alasan ditolak mentah-mentah atas sebab...
Thursday, September 30, 2010
Sunday, September 26, 2010
Misteri.... NOMBOR MISTERI....
Bercerita tentang nombor 'pi' memang misteri. Banyak perkara menarik yang diperolehi yang tak terfikir oleh insan biasa. Dari masa ke semasa... manusia cuba membongkar misteri disebalik nombor ini.
Saturday, August 14, 2010
Cukuplah di sekolah...
Bukan entri give up...
Walaupun semenjak dua menjak ni entri berkaitan dengan anak murid di sekolah...
Belum sampai masanya untuk meletak jawatan...
Insyallah... selagi ada kekuatan dan ketabahan...
akan berkhidmat ke akhirnya...
Thursday, July 15, 2010
Belajar matematik - Teknik penolakan nombor yang mudah
Salam buat pengunjung Semekar Kasih. Tetiba jer ada entri belajar matematik. Kata dah pencen hari tu. Bukan pencen sebarang pencen... bab bagi tips takde maknanya nak pencen. Ketahui teknik penolakan nombor yang mudah dan cepat. Kira secara congak sahaja. Tak perlu pen dan kertas. Apalagi kalkulator.
Wednesday, July 14, 2010
Bila matematik semuanya berasaskan logik dan logik - 1+1=2 dan tak mungkin diterima menjadi 5
Matematik semua berasaskan fakta yang logik walau menghasilkan jawapan infiniti sekalipun. Sehinggakan ada yang yang sanggup mengelarkan orang matematik ini adalah orang yang tidak akan menerima sesuatu yang tidak ada logika. Semuanya perlu ada bukti. Masalahnya... kalau hendak menuntut ilmu.. biar berpandukan Al-Quran dan sunnah. Kalau tidak, itu yang menjadikan kamu terbabas daripada landasan.
Friday, June 18, 2010
Belajar Matematik? - Letihlahhh... Cikgu merajukkk
Cikgu dah give up? Ohhh... tidaklah... mana boleh cikgu give up. Cuma... bukan senang nak menghasilkan sesebuah entri berkaitan belajar matematik. Kena pula yang mempunyai kepakaran IT yang tidak setinggi mana seperti saya. Paling-paling pun... guna 'paint' sahaja. Jadi... mulai hari ini saya akan berhenti bercerita mengenai belajar matematik.
Thursday, June 10, 2010
Keputusan Contest Matematikomen - Tahniah kepada anda!
Setelah berhempas pulas... membelek, meneliti dan mentafsir komen yang diberi... akhirnya... pemenang Contest Matematikomen telah ditemukan. Tiada istilah pemenang pertama, kedua atau ketiga kerana hadiah yang diperolehi mempunyai nilai yang sama. Cuma hadiah utama ada sedikit perbezaan kerana ia adalah sumbangan saya sendiri.
Monday, May 31, 2010
Ehhh... boleh percaya ke darab mudah macam ni? - Bahagi dua kat sini... darab dua kat sana...
Kali ni saya nak kongsi lagi satu cara untuk mendarabkan nombor dengan mudah. Proses pendaraban melibatkan antara 2 digit nombor. Boleh percaya ke teknik ni? Setakat mana yer boleh diaplikasikan dalam peperiksaan atau kehidupan seharian? Jom kita pelajari langkah-langkahnya...
Saturday, May 15, 2010
Senang jer nak bahagi nombor - Tengok je lah video ni...
Kalau kita minat dan berkeinginan mengetahui sesuatu perkara... pelbagai maklumat yang akan kita temui. Minat itu memang penting. Bila dah minat baru jadi mudah. Bukan sifir jer ada cara mudah. Nak membahagi pun ada tricks yang memudahkan. Tengok dan pelajari dari video ini. Semoga perolehi manfaat daripadanya.
Thursday, May 13, 2010
Menipu pada tajuk? - Sudah hayatikah apa yang tersirat?
Rasanya ramai blogger-blogger yang mengeluarkan entri berkenaan perkara ini. Suatu ketika dahulu... saya turut meluahkan rasa ketidakpuasan hati saya berkenaan hal ini. Bila saya semakin mengenali dunia blogging ini.. barulah saya dapat menerima hakikat perkara tersebut. Tapi.. entri saya dahulu hanya melibatkan tajuk yang memang tidak menyentuh langsung isinya samaada secara langsung atau tidak langsung...
Label:
belajar matematik,
blog,
blogging,
diri,
entri,
geng blogger,
luahan
Friday, May 7, 2010
Belajar matematik - Mendarab 3 digit nombor dengan kira cepat!
Helah matematik yang mengagumkan! Mendarab nombor yang besar tanpa melibatkan penggunaan kalkulator dan bentuk lazim. Jom kita belajar teknik yang mengagumkan ini.
Thursday, May 6, 2010
Belajar Matematik - Darab mudah lagi.. tiga saat jer dah boleh jawab
Belajar matematik hari ini. Lagi tricks yang boleh digunakan dalam mendarab nombor dua digit dengan dua digit. Sungguh mudah! Pasti anda dapat menyelesaikan masalah dalam tempoh 3 saat setelah menguasainya.
Wednesday, May 5, 2010
Kaunter Pertanyaan - Sila tanya yang patut-patut aje
Blog ini dah ada kaunter pertanyaan. Tu... ruangan form spring tu. Mungkin ada yang perasan dan mungkin ada yang tidak. Silalah bertanya... terutama soalan melibatkan matematik sekolah rendah. Insyaallah saya cuba membantu. Kalau soalan sains pun boleh juga. Terutama soalan sains bahagian B. Ramai ibu bapa yang kurang arif mengenai bentuk soalan ini. Soalan matematik sekolah menengah atau peringkat teratas? Lebih elok kalau bertanya kepada yang lebih pakar. Maksudnya.. yang mempunyai pengalaman dalam bidang tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)

