TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, March 1, 2011

Jakunnya

Memang macam rusa masuk kampung! Cuma rusa yang ini dua kakinya, lebih gebu dan tidak bertanduk. Itulah yang boleh saya gambarkan ketika pertama kali saya menjejakkan kaki ke Bandaraya Kuala Lumpur 15 tahun dahulu.

Datang untuk melepaskan rindu pada orang yang tersayang. "Wahhh.. ini rupanya Kuala Lumpur", bisik hati saya. Memang seperti pelakon yang sering melakonkan watak jakun ketika menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur. Dengan mulut yang melopong.. tak habis-habis perkataan 'Wah!' keluar dari mulut saya.

Masakan tidak.. melihat bangunannya yang tinggi mencecah awan. Lampu neon yang berkelip-kelip. Papan iklan yang sebesar alam. Kepadatan penghuninya yang tidak terkata.. memang membuat saya teruja. Kat Ipoh mana ada bangunan yang tinggi-tinggi. Tanah kapur dan lombong.. nak cari nahas?

 pernah sehali menjejakkan kaki di sini..
google

Lamanya Kuala Lumpur saya tinggalkan. Melihatnya pun sambil lalu sahaja. Kalau dulu.. sibuk di Puduraya setiap kali cuti sekolah... sekarang tiada lagi rasa nikmat bersesak-sesak tidak bernafas.

Bila lagi agaknya saya berkesempatan menjejak kaki ke sana? Datang untuk bersantai.. makan angin sampai kembung..