TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, March 1, 2011

klcitizen

Selalunya.. bila berbicara tentang kl maka terbayanglah bandaraya Kuala Lumpur yang gah tu. Citizen pula akan mengingatkan saya pada jenama jam yang agak popular satu ketika dahulu. Jam yang boleh tahan harganya dan pernah menjadi milik saya bila abah menghadiahi saya jam tersebut.


Hanya Puan empunya blog yang mengetahui rahsia di sebaliknya. Kak Normah nama panggilan dan masih solid  molid mengalahkan Cik Normah si tuan tanah dalam cerita Bujang Lapuk.

Saya cukup tertarik dengan penulisan Kak Normah. Dalam santai ada isinya.. dalam serius ada sindirannya. Menulis penuh dengan ilmu di dada dan pengalaman sepanjang masa. Setiap penulisannya tak sedikit sebanyak mengandungi sumber-sumber rujukan yang mengukuh isu yang diperbincangkan. 

Memang tak sia-sia hobi Kak Normah yang suka membaca tu. Pasti banyak yang dia pelajari dalam memantapkan lagi penulisan entri di blognya.

Berminat menyunting Kak Normah Si Tuan Tanah? Klik sahaja klcitizen.