TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Wednesday, October 13, 2010

Vagina

Macamana nak jelaskan bagaimana seorang bayi itu lahir jika anak-anak bertanya? 

Adakah perlu wujudnya sebuah pembohongan?

Bercerita secara detail?

Teringat fahaman salah yang saya terima masa saya kecil dahulu. Walaupun tak pernah bertanya... saya menyangkakan yang seorang anak itu lahir ikut punggung. Tak tahulah mana saya dapat pemahaman salah tersebut dan saya juga tak pasti bila fahaman saya mula diperbetulkan.

Mengikut pakar perbidanan... ceritalah dengan jujur jika anak bertanya tetapi gantikan dengan istilah-istilah saintifik. Jelaskan perbezaan antara lelaki dan perempuan supaya anak-anak mengenali istilah saintifik yang diperkenalkan. 

Jangan gunakan bahasa seharian yang mungkin agak kasar atau memalukan. Bayangkan... apa yang terjadi jika anak menyampaikan cerita pada pihak yang lain? Tak ke haru jadinya?

soksek: Along dan adik sangka... perut ibu perlu dipotong untuk mengeluarkan baby. Walaupun tiada hal untuk terus membiarkan mereka menerima fahaman begitu.... saya tetap menjelaskan bahawa Along dan adik lahir dengan kaedah yang berbeza. Alhamdulillah... memang tiada masalah untuk menggunakan istilah saintifik kerana Along cukup mudah untuk memahami.

teringin nak rasa sakit bersalin secara normal.. apakan daya.. tarikh sudah pun diberi..
gambar hiasan: google