TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, October 12, 2010

Malu dicium!

"Kenapa ibu cium Along? Ibu sayang Along yer..." tanya Along sambil menahan malu kerana dicium oleh saya depan kawan-kawannya.

"Sebab Along anak ibu... sampai bila-bila pun Along anak ibu dan ibu akan cium Along", jawab saya.

Along terdiam. Matanya merenung ke arah kawan-kawannya. Saya rasa... saya tahu apa yang bermain di fikiran Along.

"Dicium oleh ibu tu memberikan pahala... bukan senang nak dapat pahala percuma. Kalau kawan ejek... cakaplah Along nak dapat pahala masuk syurga...", saya memujuk Along.

Malu tapi mahu sebenarnya. Takpalah... lepas ni cium Along siap-siap di rumah. Pengaruh anak-anak dengan rakan sebaya lebih kuat. Kesian juga kalau ALong diejek walaupun atas perkara yang tak patut.

soksek: Mak saudara saya masih mencium anaknya yang sudah memberikannya cucu pun. Dipeluk... dicium setiap kali anaknya datang ke rumah walaupun sebenarnya mereka tinggal sekampung. Pendek kata.. tetiap hari boleh jumpa. Kadangkala... anaknya siap baring diriba minta telinga dikorek atau kukunya dipotong. Jujur... saya cemburu melihatnya...

ciuman... medium yang menyalurkan rasa kasih dan sayang
gambar: google