TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Thursday, October 14, 2010

Memang hantu betul!

Masih ingat anda pada entri niii... Makhluk tercongok? - Tolong kami cikgu!.

Nak tahuuu... hantu tu dah kena tangkap! Jumlahnya TIGA!

Alkisahnya... ustaz yang pergi temankan dua orang budak pengawas tuuu telah mendaftar dengan egen CSI. Keesokan harinya... ustaz tu masuk ke sebuah kelas tahun 5 yang berhadapan dengan bilik seni tu. Dari jauh... ustaz tu nampak kelibat yang sedang berlari-lari dalam bilik seni tuuu. Ustaz tuuu rasa tak sedap hati lah kan. Udah ler semalamnyer budak pengawas tu terjerit-jerit kata nampak lembaga hitam dalam bilik seni tuuu. Kali ini ustaz pula nampak. Sebab dah mendaftar dengan egen CSI niiii.. ustaz pun pergi ler menyiasat.

Ustaz pun mengajak Penolong Kanan 1 yang kebetulan turut mengajar di kelas sebelah. Pergilah mereka berdua mengintip. Memang betul... ada lembaga dalam tuuu. Siap main bolasepak dan berseluar sahaja. Sama seperti yang dua orang murid pengawas tu ceritakan. Yang bezanya... ketiga-tiga lembaga tadi ada namanya.

 sekadar gambar hiasan : google

Namanya bukan toyol, lembaga hitam mahupun jembalang sebaliknya si anu anak lelaki sekian-sekian. Bertuah punya anak murid! Dah habis UPSR pergi buat perangai ceroboh bilik seni dan melepak di sana. Habis tunggang langgang bilik seni tuuu. Lepas tu... siap usaha buka bilik seni yang sedia berkunci tu. Macam-macamlah murid niiii...

Tak pasal-pasal jer makhluk yang sedia ada di fitnah...

Nasib baik mereka tak ngamuk...