Ishhhh... apa nak jadi ler murid-murid tahun 6 tahun ni. Dah habis UPSR... macam dah dapat kunci kebebasan! Semua peraturan nak dilanggar sesuka hati. Yang buat cikgu-cikgu geleng kepala... kebanyakannya adalah murid-murid dari kelas projek. Murid yang kononnya pandai dalam pelajaran tapi rupa-rupanya rendah nilainya dari segi sahsiah!
Berbelas-belas murid ditangkap atas kesalahan merokok dengan alasan dipaksa oleh kawan mereka yang berada di kelas lemah. Logik ke? Setakat dipaksa.. apa pula nak jadi hal? Takut diugut atau dibelasah? Takda cikgu-cikgu... takda mak ayah ke? Bijak tak bertempat.. kononnya nak menyalahkan budak kelas lemah lah... yang sendiri pemikiran bijak kononnya kenapa letak kat lutut?!
gambar: google
Memang geram dengan murid-murid ni. Bukan anak terbuang... bukan anak bermasalah. Mak ayah semuanya jenis ambil berat pendidikan anak-anak. Kalau ada apa-apa hal yang berkaitan dengan pendidikan anak-anak.. kebanyakan ibubapa murid yang ditangkap ini pasti hadir. Mungkin masalahnya kengkangan masa untuk bersama anak-anak ini di rumah kerana kebanyakan ditinggalkan berseorangan di rumah kerana ibubapa mereka mencari rezeki. Tapi.. itu bukan alasan rumah turut dijadikan port untuk mereka berkumpul melakukan onar.
Ada pula... ibubapanya memang jenis tegas giler. Bila nak report kat ibubapa... baru nak terguling-guling... merayuuu. Masa buat salah tak fikir perasaan mak dan ayah tuuu.. pastu takut tak bertempat pula.
Kadangkala pihak sekolah merasa serba salah untuk melaporkan kesalahan mereka pada ibubapa tapi nak buat macamana... sendiri cari pasal. Bukan tak kesian tengok bebudak tu di belasah oleh ibubapa mereka. Guru besar sampai menitis airmatanya. Murid-murid ni... kita sayang pada mereka tapi mereka tak belajar menyayangi diri sendiri. Entahlahhh...
Kadangkala saya terfikir.. jika perkara sebegini berlaku pada anak saya... apa tindakan yang bakal saya lakukan? Kalau dimarah atau dirotan melampau-lampau pun belum tentu kesannya berbekas di hati. Mudah-mudahan perkara sebegini tidak terjadi pada diri saya...