Memang poyo! Bukan realiti tapi lakonannya sebagai pemuda yang lurus bendul dalam drama CHINTA yang di siarkan di TV3. Lakonan bersahaja Ady Putra buat penonton naik geram! Berlagak dan control macho pahadal dalam hati... bergelora. Memang berkesan betul lakonan mamat ni.
gambar: google
Rasanya saya tak pernah menonton cerita lakonan Ady Putra. Mengenalinya hanya melalui cerita di surat khabar. Itupun.. ambil tahu gitu-gitu sahaja. Imej yang dibawa dalam filem CHINTA memang sesuai. Ala-ala pelakon dari barat ni pun ada.
ada iras-iras tak.. mungkin tang renungan mata tu..
gambar: google
Cerita CHINTA yang best pada pandangan mata saya. Banyak pengajaran yang boleh diperolehi apalagi ianya banyak menyentuh tentang realiti kehidupan. Dunia akhir zaman... banyak benda yang dibayar cash! Wujudkah manusia seperti CHINTA? Tak mustahil..
saksikan CHINTA di TV3 jam 6:30 petang