Bukan kedekut... bukan berkira tapi... pengalaman mengajar untuk menjadi sedemikian. Bayangkanlah.. jika kamu menjaga sesuatu itu dengan baik setelah sekian lama... kemudian kamu sedekah kepada mereka yang memerlukan... kerana kamu kesian dan pasti mereka tidak mampu miliki apa yang kamu tidak gunakan lagi. Tiba-tiba... kamu melihatnya dimusnahkan dengan sekelip mata depan mata kamu sendiri! Betapa mereka tidak menghargai apa yang diberi. Nak beli... tak mampu.. bila orang bagi... dijahanamkan ikut nafsu. Sedikit sebanyak... pasti diri rasa serik juga. Kalau sekali.. boleh cuba pejam mata. Kalau dua kali... tidak mungkin untuk kali ketiga.
Kali ini diri buat keras hati... biarlah jadi besi buruk berkarat di rumah tapi untuk bersedekah sekali lagi... TIDAK! Masalahnya... mereka pula datang meminta. Memang tiada gunanya 'benda alah' itu disitu dan kalau nak beri pun takda hal. Cuma... sikap mereka membuatkan diri serik. Biarlah kali ini diri dikatakan berkira. Kalau nak juga... saya akan jual. Sekurang-kurangnya ada harga walaupun RM5 dan yang penting adalah untuk mengajar mereka supaya menghargai apa yang mereka perolehi.
Wajarkah tindakan saya? Menung juga memikirkan kerana kalau diikutkan... bukan sikap sebegitu yang menjadi pilihan. Walaupun pernah menegur dan menasihati... tapi takkan kali ini nak berulang lagi? Takut pula orang muak bila dengar kita berleter. Takpalah... berbalik pada niat. Hendaknya... lepas ni... mereka tahu menghargai apa yang diperolehi secara percuma atau murah kerana jika fikir nak beli yang pada harga asal... memang tak mampu.
Kadangkala... kita harap seseorang itu pandai-pandailah fikir... rupa-rupanya perlu dibimbing juga.
gambar: google