TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Thursday, July 15, 2010

Beraksi bogel selepas keluar dari bilik air sambil mengacukan tuttt - Aksi siapa ditiru oleh anak itu?

Amaran: Sila baca entri ini dengan minda yang terbuka. Buat yang belum berumahtangga... ambil ikhtibar, bukan lihat yang tersurat...

Berborak kosong dengan rakan di sekolah. Dia memberi sebab kenapa tidak menambah bilangan anak lagi. Bukan tak mampu dan bukan tak mahu. Namun, persekitaran yang disaksikan oleh matanya sendiri menyebabkan dia berfikir banyak kali untuk menambah bilangan ahli keluarganya. Katanya... susah nak cari pengasuh yang benar-benar boleh dipercayai...

Bila melihat aksi anak jirannya yang turut mengasuh anak orang lain membuat rakan saya terkedu. Anak jirannya yang baru berusia 6 tahun (lelaki), keluar bogel dari bilik air... meluru ke arah anak (perempuan) yang di asuh oleh ibunya  sambil melakukan aksi yang tak sepatutnya. Mengucap panjang rakan saya tadi. Dari mana agaknya anak sekecil itu boleh meniru aksi sedemikian sedangkan masa membesarnya banyak dihabiskan bersama keluarganya sahaja? Tepuk dada... tepuk dahi...

Di manakah jaminan masa depan anak kita bila bersama pengasuh jika begini keadaannya? Apatah lagi jika anak perempuan. Banyak juga kes anak perempuan yang masih kecil dicabul kehormatan oleh manusia yang lebih hina dari haiwan. Seperti membaca peristiwa yang dilalui oleh rakan saya ini dalam kisah yang pernah disiarkan suatu ketika dulu ---> klik SINI jika ingin mengetahui. Jangankan bersama orang luar... bersama adik beradik atau saudara mara terdekat juga bukan jaminan tidak mendedahkan anak kita pada risiko yang tidak dijangkakan.

Teringat pengalaman saya ketika masih bergelar anak dara. Masa itu... saya bertandang ke rumah rakan saya yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan kedua setelah beberapa tahun bergelar janda. Dalam sedap dok melepak-lepak.. tiba-tiba anak rakan saya ini naik ke belakang salah seorang rakan sambil menginjut meniru aksi yang tak sepatutnya. Memang mengucap panjang. Anak itu pula tidak mengerti apa-apa sebaliknya hanya berketawa ria. Emaknya pula, hanya tersengih seperti kerang busuk!

Memang diakui orang zaman sekarang kurang mengutamakan adab sewaktu berjimak. Senang cakap... asal dan ajer. Bukan ada mata nak pandang, ada telinga nak dengar. Tak kira depan anak atau tidak. Sangkanya... anak kecil tak mengerti apa-apa sedangkan kanak-kanak belajar melalui pengalaman. Apalagi otaknya seperti span. Ingatannya merakam setiap apa yang dilihat dan didengar. Bila masalah sosial semakin berleluasa... mereka lupa mengenang sikap diri suatu ketika dulu.

 Nak anak perempuan tapi memang rasa takut sangat...
sekadar gambar hiasan: goggle