TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Wednesday, February 10, 2010

YANG PAHIT - SAUDARA BINATANG!!!

Baru2 ini saya mendapat email dari penulis yang meminta jasa baik saya menyiarkan cerita hidupnya di blog ini. Mengikut kirimannya, dia ingin berkongsi pengalaman hidupnya bersama2 pembaca. Bukanlah niat di hati penulis untuk membuka pekung di dada tetapi penulis berharap kisahnya dapat dijadikan teladan... Penulis juga memaklumkan dia tidak mahir dalam  berblog. Untuk tidak menghampakan penulis... maka saya menunaikan hasratnya. Ikutilah kisahnya... 


Patutkah aku melabelkan mereka begitu??? Walaupun telah berlalu berpuluh2 tahun lamanya, kenangan itu terpahat segar diingatanku. Disinilah ku meluahkan segalanya.. YA ALLAH! Kenapa KAU tak tarik saja ingatan ini dari kotak fikiranku? Hanya ENGKAU yang MAHA MENGETAHUI..

Saudaraku memang binatang. Merekalah orang (layakkah ku panggil) pertama yang merosakkan hidupku. Merekalah yang membuat hatiku masih mepunyai perasaan yang tak tenang.. merekalah yang merentap hartaku yang paling berharga... HARTA YANG PALING BERHARGA BAGI SEORANG WANITA... DARAKu.

Tergamak sungguh mereka!!! Tergamak mereka melakukannya pada aku yang sewaktu itu masih berumur 5 TAHUN!!! Mereka bukan orang lain... mereka ialah BAPA2 SAUDARAKU. Berpangkat abang dan adik ipar kepada ibuku. Tak sanggup rasanya untuk ku terus menaip tingkah laku mereka. Yang nyata.. apabila aku memahami tentang dunia.. aku maklum bahawa aku TIADA DARA lagi.

Masih kuingat pandangan sinis mereka bila aku meningkat dewasa. Seolah2, aku yang mengotorkan diriku. Aku masih ingat, aku pernah mengadu pada ibu kesakitan di bahagian sulitku.. tetapi ibu hanya menyangka yang ia hanyalah akibat aku yang suka menahan kencing. Aku pula tidak menceritakan kejadian yang berlaku kepada ibu kerana telah disuap. Apalah yang diketahui oleh anak kecil sewaktu itu.

Bila aku semakin memahami hakikatnya... aku masih tidak berani untuk bercerita kepada ibu. Mahukah ibu mempercayai aku??? Apa pula tindakan ibu nanti??? Bagaimana pula hubungan ibu dengan adik dan kakaknya??? Akhirnya aku mengambil langkah untuk memendam rasa...

Sehingga kini hubungan keluarga berlangsung erat. Aku berlagak biasa seperti tidak mengingati apa2 peristiwa pun. Ku hormat BAPA SAUDARAKU seperti didikan ibu... walaupun hakikatnya ingin aku MENCINCANG-CINCANG MEREKA. HANYA ALLAH YANG DAPAT MEMBALAS DOSA MEREKA...