TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Wednesday, February 10, 2010

CIKGU UGUT MURID

Sekian Kesian kawan kat sekolah tadi... pepagi lagi mood dia dirosakkan. Apalagi.. kes parent datang sekolah lah. Parent tu dakwa anaknya mengalami tekanan emosi akibat di ugut oleh guru. Apa kes???

Kawan tu guru kelas budak tu... bukan dia yang ugut tapi sebagai guru kelas kelas dia perlu mengetahui hal2 anak2 muridnya. Bapa tu kata dia tak boleh terima cara cikgu yang suka giler mengugut ni. Kesnya anak dia ni tak siapkan kerja sekolah. Kerja yang bagi dalam kelas pun kalau ada 5 soalan siapnya cuma 2 soalan je. Kalau 10 soalan siapnya 4 je. Bukan satu subjek je macam tu. Setiap subjek! Abis tu camne? Budak pompuan.. otaknya boleh tahan pandainya. Tu lah sebab cikgu yang kononnya mengugut tu taknak anak bapa yang komplen tu hanyut. Kita sayang anak dia... kita pula yang kena marah.

Cikgu yang suka mengugut tu cuma kata, "Kalau kamu masih tak siapkan kerja, cikgu tulis nama dalam buku disiplin dan bawa jumpa Guru Besar". Salah ke macam tu? Itu pun syukur banyak2 sebab cikgu tu beri peluang lebih daripada sebulan baru nak rekod nama. Belum pun rekod lagi. Baru cakap je. 

Habis topik tu, bapa murid tadi pertikaikan benda lain lak. Dia tanya kenapa anak dia tak masuk kelas terpilih. Cikgu pilih kasih ke? Laa.. yang masuk kelas terpilih tu dipilih daripada 30 orang yang mendapat keputusan yang baik dari keseluruhan kelas. Kalau anak tu dapat no 31, jadi tak dapatlah masuk kelas tu (anak dia bawah 35). Tapi sekolah tetap pagi peluang, murid2 boleh berusaha dan sesiapa yang ada peningkatan akan dimasukkan ke kelas terpilih selepas PKSR 1. Bila dah bagi penjelasan... boleh lak bapa budak tu kata "Abis tu anak saya ni bodohlah ye". Alahai... Doa seorang bapa tu Encik oiii. Sapa yang kata sebenarnya?

Kawan saya tadi agaknya memang terasa sampai boleh terkeluar kata " Kalau macam tu lepas ni saya tak kisah lah anak Encik nak buat apa." Hah.. kan dah susah! Kawan saya tu ngajar Maths.. susahle nak lekat ilmu tu pada budak tu  nanti. Tu lah ragam ibubapa kini... sebagai guru.. memang pening melayan ragam ibubapa yang lebih daripada anaknya.

sumber gambar: google