TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Saturday, March 13, 2010

TEKNIK MENJAWAB SOALAN RUMIT ANAK (2)


gambar google
Soalan : Kenapa mak tidak tidur dengan ayah lagi? (kes ibu bapa bercerai)
Jawapan: Ada waktunya mak dan ayah tidak boleh tidur bersama. Bukan suami isteri tapi macam kawan. Kamu lihat kawan-kawan lelaki di luar sana, mereka tidak boleh tidur bersama tapi masih boleh berkawan
Kenapa begitu: Memberi penjelasan dan contoh yang mudah difahami tentang konsep suami isteri.

Soalan: Mama, macamana baby nak keluar nanti?
Jawapan: Mama akan pergi ke hospital dan doktor akan membantu mama
Kenapa begitu:  Memberi contoh terdekat lebih mudah difahami 

Soalan: Kenapa saya tidak boleh kahwin macam pengantin tu?
Jawapan: Tunggu sampai kamu sudah besar dan dewasa
Kenapa begitu: Penjelasan mudah difahami. Kaitkan peranan doktor membantu baby keluar. Ini lebih di fahami daripada menjelaskan kaedah bersalin.

Soalan: Mama, kenapa orang tu takda tangan?
Jawapan: Mungkin berlaku kemalangan di jalanraya. Mungkin dia di lahirkan cacat. Kita hendaklah bersyukur kerana ada tangan. Kita juga kena menghormati orang yang tiada tangan atau cacat.
Kenapa begitu: Mendidik mereka menghargai orang lain dan menghargai diri.

Soalan: Kenapa ada baby dalam perut mama?
Jawapan: Baby macam kamu juga bermula dari perut. Bila baby sudah bersedia (sampai waktunya) dia akan keluar berjumpa kamu. Kamu pula akan jadi abang/kakak.
Kenapa begitu: Mendidik rasa tanggungjawab pada anak.
sumber: bacaan