TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Saturday, March 13, 2010

TEKNIK MENJAWAB SOALAN RUMIT ANAK (1)

Si kecil yang keletah sering bertanya itu dan ini sehingga kadangkala kita tidak tahu bagaimana harus memberi jawapan yang sewajarnya. Kadangkala kita mengambil sikap berdiam diri atau buat-buat tak tahu apa yang disoal oleh si kecil. Berikut adalah cadangan jawapan yang disyorkan oleh Dr. Bustam, pensyarah pendidikan awal kanak-kanak yang dapat membantu kita memberi jawapan yang sepatutnya kepada anak-anak.


 gambar google

Soalan : Kenapa Sarah tidak boleh tidur dengan abang?
Jawapan: Sarah perempuan tidak sama dengan lelaki (untuk memahami gender). Abang mungkin lasak, nanti masa tidur akan ganggu Sarah (beri alasan yang logik)
Kenapa begitu: Kemusabahan alasan yang memberi kepuasan dengan memberi alasan gender dan logik

Soalan: Kenapa kemaluan Sarah dan abang tidak sama?
Jawapan: Lelaki dan perempuan berbeza. Cuba tengok ibu dengan ayah.. sama atau tidak? Sarah macam ibu dan abang macam ayah.
Kenapa begitu:  Memberi contoh terdekat lebih mudah difahami

Soalan: Kenapa abah ada misai, Aiman tak ada?
Jawapan: Orang lelaki bila dewasa akan tumbuh misai. Aiman masih kecil. Nanti bila dewasa.. Aiman akan jadi macam ayah pula.
Kenapa begitu: Beri kefahaman mengenai perbezaan usia. Ini kerana anak-anak belum memahami konsep akil baligh lagi.

Soalan: Kenapa Aiman kena bersunat?
Jawapan: Ikut suruhan agama dan menjaga kesihatan orang lelaki. Kita semua kena menjaga kebersihan tubuh badan
Kenapa begitu: Menjawab tentang agama sukar difahami tetapi menjawab tentang kesihatan lebih difahami

Soalan: Papa, boleh tak Aiman jumpa 'Tuhan'?
Jawapan: Sebenarnya Tuhan melihat kita setiap hari tetapi kita tidak dapat melihatNYA. Macam barang yang kita jumpalah.. semua ada tuannya tetapi adakah kita kenal atau pernah berjumpa dengan tuannya? Begitu juga dengan Tuhan, kita tak nampak tetapi mesti yakin DIA ada.
Kenapa begitu: Beri contoh yang konkrit supaya lebih difahami dalam waktu sama kaitkan dengan perkara yang abstrak
sumber: bacaan