Sejak dulu hingga sekarang, bila berlaku sesuatu kejadian yang melibatkan insan yang bergelar guru, ceritanya memang akan sensasi. Samaada terbukti bersalah atau tidak.. bersedialah untuk tahan hinaan atau cercaan. Daripada pemerhatian, bila berlakunya kes-kes tertentu, memang terlalu sedikit nasib guru dibela. Sebelum terbukti bersalah, satu mukasurat besar tajuk ceritanya. Bila terbukti tidak bersalah pula, cenonet ajer kisahnya.
Dunia akhir zaman. Insan yang bergelar guru perlu belajar untuk bersedia. Bersedia untuk tidak dihormati, bersedia untuk difitnah, bersedia untuk ditikam dari belakang. Kerana itulah 'ketetapan' dunia akhir zaman di mana para alim ulama dan guru bukan lagi insan yang patut dimertabatkan. Yang benar dinafikan, yang salah diiyakan.
Agak risau saya melihat keadaan dunia akhir zaman ini dimana masalah sosial menjadi-jadi. Tidak dapat dinafikan, di antara puncanya adalah kerana hilangnya rasa hormat itu. Anak-anak tidak lagi dididik untuk menghormati guru sebaliknya merekalah yang menjadi tuan. Segala cerita yang anak sampaikan lebih dipercayai sehingga ibu bapa turut sedia menjadi hamba membela tuannya.
gambar: google
Cekallah wahai hati. Walau apa sahaja cabaran yang terbentang, teruskan niatmu di landasan yang benar. Didiklah selagi termampu. Jika tiada hasilnya di dunia, semuanya ianya dibalas di akhirat.