Bila saya mengambil keputusan untuk meyepi sekian lama daripada mencoret dalam blog ni.. ianya bukanlah satu keputusan yang mudah. Dalam ertikata lain, kerana terpaksa ku turutkan. Tergalas di bahu beberapa tanggungjawab membuatkan saya terpaksa terpaksa membuang salah satu tanggungjawab yang ada. Jalan yang kita pilih, lurus atau berliku, perlu kita tempuh.
Sumber: google
Bergelar seorang pelajar dalam masa yang sama mengalas tanggungjawab lain bukannya mudah. Apatah lagi saya telah menceburi satu lagi cabang baru iaitu dunia perniagaan. Semuanya kerana desakan hidup. Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Demi segulung ijazah, saya hanya mampu memandang blog kesayangan ini sepi tanpa cerita sensasi.
Kini 4 tahun hampir berlalu. Tinggal nak lambung topi jer. Doakan saya dapat menamatkan pengajian ini dengan jayanya. Saya akui, perjalanan saya amat panjang untuk memperolehi segulung ijazah itu tetapi apa yang saya harapkan saya dapat berkongsi kegembiraan itu bersama mak dan abah tersayang.