Memperkenalkan kepada dunia Muhammad Muammar Bin Badrul Hisham. Nama yang sesuai dengan permulaan kehidupannya. Muhammad Muammar bermakna yang panjang umur. Mangandungkannya hampir 8 kali keluar masuk hospital. Tiap-tiap hari turun darah. Bezanya kadang kala banyak.. kadang kala sikit. Orang kampung kata "Bunting Pelanduk". Alhamdulillah.. akhirnya dia lahir ke dunia pada 29 Disember 2012. Kalau ikutkan dibedah pada 2 Januari 2013. Tak sabar-sabar dia nak tengok dunia. TIme mak dia exam kat UPSI.. time tulah dah mula turun air. Bikin saspen sajer..
Yang pasti bila mengandungkan dia.. mood saya nak berblogging dah hilang. Beza dengan mengandungkan abangnya Muhammad Muaazin. Yang tak pernah dibuat saya rajin study. Rajin siapkan tugasan. Mudah-mudahan Muammar nanti pun macam tu orangnya. Rajin belajar dan cerdik..
Dan ini hero saya yang ke empat. Yang akhir.. tiada lagi. Saya dah tutup kilang. Doktor tak benarkan lagi kerana membahayakan nyawa. Nak tak nak.. kena ikat peranakan juga. Rezeki tetap diterima dengan redha. Saya insan yang terpilih untuk membesarkan empat hero. Doa-doa dari anak soleh yang diharapkan sebagai bekalan untuk ibu dan abah di alam barzakh..
Apa-apa pun kalau 3 hero.. orang kata boleh buat team sepak takraw. Kalau empat hero boleh usung keranda ibu ke kubur.. He.. he.. he..