TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Saturday, June 2, 2012

Hujan juara Versus

Wow!

Memang band Hujan layak menang program realiti Versus. Walaupun dengan kemenangan tipis mengalah Go Gerilla dengan peratusan markah 50.6% tapi itu melayakkan band hujan memenagi wang tunai RM200 000. 


Saya tak pernah pun mengikuti program realiti Versus sebelum ini. Hanya kebetulan.. terdengar siaran langsung di radio langsung bersambung dengan tontonan di rumah. Sesekali layan.. 

Kalau dulu, lagu hujan ni hanya dengar gitu-gitu jer. Tak pernah tonton persembahan mereka dua mata. Paling menarik ialah kisah kontroversi Noh Hujan dengan peminatnya dan itu memang menimbulkan rasa kurang senang saya pada kumpulan ini.

Malam ini saya menyaksikan sebuah band yang benar-benar lain daripada yang lain. Penuh dengan idea dan tarikan. Versus seperti sebuah pentas persembahan buat mereka dan bukan sebuah pertandingan. TAHNIAH untuk band Hujan.

Kegigihan dan kecekalan yang ditunjukkan oleh kumpulan Hujan harus dijadikan contoh. Bukan sekadar hiburan.. usaha dalam mencapai kejayaan itu yang harus dilihat. Harapnya tiada lagi kontroversi yang menyakitkan hati dan Hujan membawa imej bersih selama-lamanya kerana mereka ada pengaruh yang kuat terhadap golongan remaja dan juga anak-anak kecil. Tonjolkan sesuatu yang dapat membangunkan diri dan masyarakat dan elakkan kepada perkara yang melalaikan...

Semoga band Hujan terus sukses..