Semakin payah untuk memilikinya, semakin tinggi nilainya
Benarkah?
Ialah.. barang percuma. Bukan kena bayar apa-apa pun. Atau mungkin sebab barang percuma itu sendiri sememangnya tiada nilainya? Nak bagi percuma.. ala kadar cukuplah. Mana boleh mahal-mahal.
Saya melihat mentaliti orang sekarang yang selalu memandang sesuatu yang percuma sebelah mata.
Mengambil contoh daripada pengalaman. Kalau kelas tambahan percuma.. berapa kerat yang mengucapkan terima kasih? Tak datang pun takpa... PERCUMA. Berlainan sekali dengan kelas tuisyen yang dibayar. Sanggup membelakangi aktiviti sekolah yang wajib sebab nak hadiri tuisyen yang berbayar ni. Rugi kalau tak hadir... dah bayar tuuu. Kalau cemerlang dalam peperiksaan, tuisyen tu lah faktor penyumbang. Pembelajaran percuma di sekolah.. mana ada nilai.
Selalu saya lihat anak murid yang tak tahu menghargai kertas lembaran kerja yang diberi secara percuma sedangkan adakalanya kertas itu difotostat menggunakan wang peribadi cikgu. Kalau murid yang fotostat sendiri.. tau je dia nak jaga. Cuba cikgu rosakkan kertas tu seperti yang mana dia buat pada kertas yang cikgu beri. Tak mustahil masuk tajuk utama dalam surat khabar.
Dalam percintaan pun, adakah benar semakin payah untuk memilikinya, semakin tinggi nilainya?
Perkara sebegini memang jarang diberi didikan samaada dalam bentuk formal atau tidak formal kan? Kebanyakan antara kita belajar melalui pengamatan dan hasilnya sememangnya yang percuma itu jarang dihargai dan yang semakin payah untuk memilikinya itulah yang dianggap semakin tinggi nilainya.
Tak mustahil suatu hari setiap perkara dinilai dalam bentuk wang ringgit~