TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Monday, January 23, 2012

Bingung punya orang! - Anak kucing perlukan bantuan!

Geram!

Apa ke punya manusia yang buang anak kucing yang baru lahir! Pastu ibunya pergi buang kat tempat lain pula! Ni kalau kata takde akal tau pula nak marah nanti. Dah tentu-tentunya anak kucing tu nakkan ibunya. Kenapa nak pisahkan dengan ibunya? Tak ubah seperti membunuh kucing dalam diam!

Pandai bela tak reti nak jaga! Tak pernah-pernah seumur saya bela kucing tapi dek kerana yang ini saya belakangkan kesihatan keluarga. Seekor anak kucing daripada tiga ekor yang ada dah lembik sangat. Taknak menyusu langsung! Jiran kata dia nakkan ibunya. Dipaksa-paksa minum susu habis dibuangnya. Saya dah buntu ni. Tak tahu dah nak buat camne..

Ada tak apa-apa cadangan nak selamatkan kucing ni? Perlu ke saya paksa je kucing ni minum susu tu walaupun terpaksa berkasar? Siapa boleh bantu?

Tak dapat maafkan tuan punya kucing ni. Kalau kucing ni mati tahu le dia tanggung dosanya..

Kalau jari terus menaip... &^%*#@ je lah yang tertulis..