TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Saturday, October 15, 2011

Konsert Search - Konsert tiga dekad

DALAM kebanyakan kumpulan rock yang ada di negara ini, ternyata Search merupakan salah satu kumpulan yang sememangnya berada di satu kelas yang tersendiri dengan himpunan lagu-lagunya yang masih malar segar sehingga ke hari ini. <--- setuju23x

Ditubuhkan pada tahun 1981 di Johor Bahru, Johor, kumpulan yang dianggotai oleh Amy (vokalis), Kid (gitar utama), Nasir (gitar bass), Nordin (gitar irama) dan Yazit (dram) masih mampu mengekalkan momentumnya sebagai sebuah kumpulan rock legenda yang sudah bertapak dalam industri seni selama 30 tahun. <--- membesar dengan mereka

Kini dengan usia yang sudah mencapai tiga dekad, Search akan tampil dengan sebuah konsert istimewa yang bakal menggegarkan peminat rock tanah air menerusi Konsert Fenomena 30 Tahun Search. <--- Konsert? Teringin sangat nak pergi..

Menariknya tentang konsert yang dianjurkan oleh Oracle Accord, ia akan diadakan di tiga buah lokasi utama iaitu di Stadium Batu Kawan Pulau Pinang (19 November), Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru (3 Disember) dan kemuncaknya di Padang Astaka, Kuala Lumpur (17 Disember). <--- Waaa.. Ipoh takda
Selalunya tunggu CD jer.. hu3
sumber: SINI