Teringat kes blogger kena saman kerana entrinya yang menegur sebuah restoran. Apa perkembangan kes itu yer?
Salah ke kalau kita nak komen yer? Kita pelanggan.. kita membayar untuk dapatkkan yang terbaik. Bila yang sebaliknya kita perolehi.. mana tak sakit hati?
Nak sebut nama restoran.. kena cover le sikit. Terkenal dengan masakan Minangnya dan terletak di kawasan tempat saya tinggal. Bila tengok dari luar.. nampak macam gah sangat. Pelanggan pun boleh tahan. Tak putus-putus...
Saya pun tahu harga makanan di sini agak mahal. Kalau nak datang sesaja takdalah. Hari tu.. nak rasalah yang istimewa sikit kononnya. Orang kata mahal takpa.. janji sedap..
Masa mula-mula melangkah dah memang nampak 'indah khabar dari rupa'. Restoran ada penghawa dingin tapi penghawa dinginnya ditutup. Bayar lebih tu bukan setakat makanan je tau. Keselesaan pun perlu diutamakan.
Cerita bab makanan.. kalau orang kata selera lain-lain.. terus terang yang ini buat semua orang tak berselera.
Ini namanya mee goreng seciput. Tak padan dengan harga langsung! Memang minta taknak sayur sebab anak tak suka sayur tapi tak reti-reti ke nak tambah mee sikit? Harga sama jer..
Tak pernah lagi seumur hidup jumpa lamb chop yang bertakung minyaknya macam ni. Dah le daging tak cukup masak. Nak telan pun sebab fikir bayar mahal..
Yang ni kawan punya. Nampak macam sedap kan? Kawan kata.. nasi goreng tepi jalan berpuluh-puluh kali sedap.
Ada lagi menu yang lain tapi gambar dah hilang dari simpanan. Nasi goreng ayam tak masak pun ada. Isi ayam tu masih merah lagi. Satu yang saya tak pernah jumpa... jus mangga yang berharga RM5. Mak aihhh.. saya tak bising kalau ada 2/3 biji mangga dalam tuuu. Ni separuh pun belum tentu. Mangga dari kayangan kot.. itu pasal mahal.
Jumlah yang dibayar untuk semua makanan lebih baik digunakan untuk makan kat secret recipe. Tentunya berbaloi. Kalau tuan punya restoran ni terbacalah entri ni.. cepat-cepatlah tingkatkan mutu.. kalau tak.. lepas ni nama restoran pun orang tak nampak lagi.