Assalamualaikum dan salam 1Dunia, hukum ibadah korban adalah sunat
muakkad sunat yang sangat dituntut bagi yang mampu dan wajib bagi yang
bernazar. Sebahagian ulama mewajibkan kepada semua umat Islam
yang mampu untuk melaksanakan ibadah korban setiap tahun. Buangkan
perasaan tidak cukup wang kerana insyallah dengan melaksanakan ibadah
korban ALLAH SWT akan memberikan rezeki dan pertolongan yang tidak
disangka-sangka.
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda : “ Barangsiapa yang mempunyai kemampuan, tetapi tidak melakukan korban, maka janganlah dia menghampiri tempat solat kami.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)
Adalah disyorkan untuk melaksanakan ibadah korban di lokasi yang
sangat memerlukan terutama di kampung pendalaman yang daif bukan di
bandar yang umat Islamnya mewah dengaan makanan setiap hari. Antara
lokasi yang dicadangkan adalah di Kemboja yang sebahagian besar umat
Islam hanya makan daging setahun sekali.
eQurban.com menyediakan program Korban di Kemboja dengan kos yang
sangat berpatutan iaitu RM230 untuk satu bahagian lembu atau RM1600
untuk satu ekor lembu atau RM500 untuk seekor kambing. Pesanan boleh
dibuat secara online mulai sekarang sehingga tarikh tutup 7 hari sebelum
Hari Raya Aidiladha.
Cara pesanan Korban Kemboja Secara Online :
- Lawati website @ eQurban
- Klik Tempahan
- Pilih jumlah bahagian yang kita ingin laksanakan
- Buat bayaran secara online atau dikaunter bank ke akaun bank yang telah ditetapkan
- Setelah membuat bayaran masuk kembali ke link Tempahan dan klik borang bukti pembayaran
- Dalam borang pembayaraan masukan Nama, Email, No hp, Bukti Bayaran dan Nama Peserta Korban
Pihak pengurusan eQurban di Kemboja akan mengambil gambar setiap ekor
lembu yang dikorbankan untuk dilampirkan bersama sijil yang akan
dikirimkan kepada yang telah membuat ibadah korban. Sila rujuk FAQ eQurban.com untuk maklumat lanjut.
Firman ALLAH SWT yang ertinya, “Sesungguhnya Kami (Allah) telah
memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu
dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah
(binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)
eQurban.com menyeru kepada semua umat Islam Malaysia, Indonesia,
Brunei, Singapore dan 1Dunia untuk mengeluarkan hanya RM230 atau USD95
nilai satu bahagian lembu untuk ibadah korban yang insyallah ganjarannya
syurga seluas langit dan bumi yang tidak boleh disamakan dengan nilai
wang RM230. Kepada yang ada masalaah peribadi, masalah kewangan dan
berbagai masalah kehidupan pejamkan mata selok saku keluarkan wang RM230
dan laksanakan ibadah korban sambil berniat seikhlasnya untuk dapat
redha ALLAH SWT, insyallah ALLAH SWT akan tunjuk jalan untuk
menyelesaikaan masalah yang ada.
Kalau RASULULLAH SAW dan PARA SAHABAT berkorban setiap tahun mengapa
tidak kita kalau benar kita sayangkan Baginda. Mari kita semua berazam
untuk melaksana ibadah korban 1 keluarga 1 bahagian
tanda kasih sayang kita pada RASULULLAH SWT. Semakin sukar kita
mendapat sumber kewangan untuk ibadah korban semakin tinggi nilai
pengorbanan kita di sisi ALLAH SWT dan semakin tinggi makam ibadah yang
kita laksanakan.
Nota : Kepada organisasi, masjid dan surau yang mendapat pesanan
korban yang banyak adalah disyorkan sebahagiannya dilaksanakan di
Kemboja melalui eQurban.com.