TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, September 20, 2011

Pertandingan menghias kereta dengan Jalur Gemilang - Kereta siapalah ni?

Sempena sambutan Penutup Bulan Kemerdekaan, pada hari Isnin 19 September, pelbagai acara telah dijalankan untuk menerap semangat cinta akan negara. Antaranya ialah
Pertandingan Mewarna Jalur Gemilang untuk Prasekolah,
Pertandingan Pakaian Beragam Patriotik-Tahun 1,
Pertandingan Mewarna Poster Kemerdekaan-Tahun 2,
Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik-Tahun 3,
Pertandingan Mendeklamasikan Sajak Kemerdekaan- Tahun 4,
Pertandingan Melukis Poster Anti Dadah (PROSIDAR)/ Merdeka Tanpa Dadah-Tahun 5,
Pertandingan Menulis Biografi Tokoh Kemerdekaan- Tahun 6,
Pertandingan Menulis Kad Ucapan- Terbuka,
Pertandingan Menghias Kelas dengan Jalur Gemilang,
Pertandingan Menghias Kereta untuk Guru-guru.


Jom intai kereta guru yang memenagi hadiah tempat pertama dan tempat kedua yang berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM2K tempat pertama dan 1K tempat kedua <-- ok... tipu jer

 Pemenang tempat pertama. Cikgu ni.. lebih mengutamakan hiasan dalaman dengan alasan keselamatan (takut bendera terbang di tiup angin - hari hujan)

 Sebanyak 16 bendera kecil telah digunakan di sekeliling kereta.

Pemenang tempat kedua. Cikgu ni terpaksa memandu dengan lebih berhati-hati kerana bendera  mula nak tercabut akibat tiupan angin kencang.

 Bendera kecil atas bumbung yang dipasang sebaik sahaja tiba di sekolah. Kalau tak.. mahu tinggal gam jer..

Yang paling best.. kedua-duanya kereta keluaran negara. Agak-agaknya.. yang mana satu kereta saya yer?