Tanah sekangkang kera. DBI dok tanam pokok lain sebagai teduhan dalam tapak yang ada di setiap depan rumah teres.. saya cabut dan tanam pokok pelam. Kalau ada hasil.. dapat juga nikmati. Pokok yang DBI tanam tu.. banyak ulat bulu dah naik daun.
Ini dah tahun ketiga pokok ni membuahkan hasil. Alhamdulillah.. dapat juga sedekah kat jiran-jiran dan adik beradik. Kecil jer buahnya. Kalau tak salah.. ini mempelam harum manis. Memang harum.. dan memang manis. Tak tahulah buahnya memang kecil atau kecil kerana tak berbaja. Saya.. kalau tanam pokok.. tahi ayam pun lagi hangat.
Ramai jiran yang geram kat pokok pelam ni. Pokoknya renek jer tapi buahnya sampai melentuk dahan. Kalau setakat lalu petik-petik tu.. jangan kata. Tak marah pun orang petik.. tapi tunggulah dah masak. Yang masih putik pun dipetik. Sesuatu yang harus faham.. kalau tanam pokok luar pagar macam ni.. janganlah merungut kalau orang nak ambil. Bukan tanah kita pun. Tumpang jer..
Yang geram kat ulat yang putih-putih ni. Tu yang selalu membantutkan pertumbuhan buah pelam tu. Dah sembur racun pun tak jalan. Tak kena jenis racun agaknya. Tahun ni tak dan berbalut sebab suami sibuk kerja. Saya pula.. biasalah.. mim alif lam sin.
Rumah tepi jalan dan pokok ni pun mencondong ke arah jalan. Tak lama lagi.. mesti DBI cantas dahannya. Lepas habis buah ni baru nak pangkas dahan-dahan tu bagi lebih renek.