TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Saturday, September 3, 2011

Bukan nak timbul isu - Jangan anak-anak jadi mangsa

Memang bukan niat nak timbulkan isu pun tapi bila sering sangat terjadi dan berlaku depan mata.. nak juga bersuara. Bukan sekali dua diperhati.. dah bertahun-tahun.

Ini kisah belon. Anak-anak kecil memang cukup suka dengan belon. Jangan kata yang tak bersekolah.. yang dah tahun enam pun cukup suka dengan objek yang bernama belon ni.

Dah lama saya perhatikan. Pemberian belon percuma di pusat membeli belah. Malas nak cerita lebih-lebih. Cuma.. nak cakap.. kenapa anak-anak jadi mangsa? Kalau kat JENIS sendiri siap boleh lambai-lambai beri belon percuma tapi bila JENIS yang lain.. di minta pun tak dapat!

Saya tak faham?

Motif?

Apalah yang anak kecil ini tahu?

Merengek deme tahulah..

Kata dah merdeka dan pelbagai kempen dilaksanakan. Rupa-rupanya... masih ada yang tertutup mindanya.

1 Malaysia?

Jangan sekadar laungan sahaja..
Wajar tak ditegur?

Apa kata anda?