TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Wednesday, August 17, 2011

Whipped Cream yang ada tanda halal JAKIM tu dah takda halal JAKIMnya

Ramai betul yang tanya whipped cream apa yang ada tanda halal JAKIM tu. Memang saya lupa namanya tapi tinnya saya ingat. Masa bershopping tempohari.. saya tinjau-tinjaulah kat bahagian whipped cream tu. Ada pun whipped cream yang saya kata tu tetapi..

dah takda tanda halal JAKIMnya!

Arghhh.. confius sungguh!

Sememangnya memang tak pernah ada tanda halal JAKIMnya (kes silap tengok) atau memang jenama tu dah tak guna tanda halal JAKIM lagi?

google

Walaupun bagaimana pun.. label halal masih ada tapi label halal ISLAMIC Antarabangsa tuuu.

Jadi.. setakat ini.. saya tak jumpa ni whipped cream yang ada logo halal JAKIM yang sah. Yang ada semua keluaran luar negara. 

Malaysia tiada keluarkan produk whipped cream ke?

Jadi.. kalau yakin.. gunakan tanpa was-was.