Sambung cerita ramah 1 Malaysia
Orang Islam aaa... tak boleh pegang anjing kan?
Orang Islam aaa... tak boleh pegang anjing kan?
Boleh.
Boleh pegang tapi anjing tu najis. Kena basuh.. bagi bersih sampai elok.
Oooo..
Boleh sentuh anjing tapi haram makan dagingnya. Sama juga macam babi..
Oooo..
* Walaupun boleh pegang anjing dan babi.. tapi anjing dan babi adalah najis mughallazah (najis berat). Nak menyucikannya pun lain caranya daripada menyuci najis mukhaffafah dan najis mutawassitah. Kalau najis mutawassitah pun kita tak anggup nak pegang apalagi nak peluk-peluk/ cium najis tuuu. Janganlah buang tabiat dengan najis mughallazah pula. Kalau tuntutan hidup.. itu lain pula ceritanya.
Teringat teka teki yang Along beri pada Opahnya.
Opah.. opah.. Babi boleh makan kan?
Astaghfirullahalazim. Babi mana boleh makan!
Kalau babi tak boleh makan.. camna dia nak hidup?
Bertuah punya cucu..