Tengah sedap-sedap berlingkar... ada orang datang bagi salam. Ramai.. naik van pula tu. Ingatkan orang nak datang buat bancian ke. Rupa-rupanya.. benci..benci..benci..
Salah sendiri?
Ngaku bukan tak ngaku. Diri sendiri yang tak ambil berat benda ni. Tapi.. bila banyak benda nak fikir.. memang tak terfikir langsung bab ini.
Surat tak pernah sampai ke rumah! Tahu-tahu.. nah.. ambik dan bayar dalam tempoh seminggu. Tengah-tengah bulan pula tu. Dah la nak raya pula. Sakit hati? Mahunya tidak.
Kenapa surat tak sampai? Bila disemak.. alamat salah. Camne boleh salah? Nombor 4 jadi nombor 5. Mana surat nak sampai ke rumah. Tak tahulah kenapa kita isi borang nombor 4 tapi deme gi hantar kat nombor 5.
Dan yang menghairankan tu.. ada alamat alternative. Kenapa tak hantar alamat alternative tu bila surat tak sampai. Bila terdesak camni.. tahu pula guna alamat alternative tu.
Rupa-rupanya bukan saya yang mengalami nasib sebegini. Ramai. Memang ramai sangat yang tak pernah terima surat.. tiba-tiba sampai notis tuntutan. Amaran langsung takda.
Nak buat camna. Kalau guna lawyer pun kalah juga kan? Sendiri yang tak reti nak ingat. Bayar jer lah. Dah betulkan alamat. Kalau berulang.. tak tahulah nak kata apa lagi.
Ada sesiapa yang masih belum bayar? Sila semak dan jelaskan bayaran dengan segera.
Arghhh.. duit bonus juga jadi mangsa.