TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Thursday, August 18, 2011

Jangan pisang berbuah dua kali

Bukan semua anak kenal dengan pokok pisang yer. Belajar sains... bukan setakat membazir air liur. Tanpa pengalaman/ pemerhatian atau cikgu-cikgu sains panggil inkuiri penemuan.. adalah sedikit sukar untuk anak-anak ini memahami apa yang mereka pelajari.

Kemain tekun murid-murid ni memerhati pokok pisang kat kebun sekolah

Apa yang murid-murid perlu tahu mengenai pokok pisang?

Sifat fizikalnya yang terdiri daripada:
Daun : Urat selari/ Licin/  Berkilat/ Panjang
Batang: Berbatang lembut
Akar: Serabut
Tumbuhan berbunga dan berbuah
Membiak melalui anak pokok

Pokok pisang takkan berbuah dua kali. Dalam kes-kes tertentu.. adalah tidak mustahil pula. Namun tahukah anda.. pisang yang berbuah pada kali kedua mempunyai kualiti yang teramat  kurang jika dibandingkan dengan buah yang pertama. Dan.. dek kerana itulah orang lama mencipta peribahasa "Jangan pisang berbuah dua kali". Ramai pula orang yang mempertikaikan peribahasa ini. Hakikatnya.. orang lama memang belajar daripada pemerhatian dan bukannya main semberono membuat andaian.

Lepas ni.. kalau anak murid tak dapat jawab dengan betul jika ada soalan melibatkan pokok pisang.. nak cari hantu pisang suruh tolong ajar dia. 

Hantu pisang tu cantik tauuu..