TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Thursday, August 25, 2011

Semoga urusannya dipermudahkan - Murid Tahun 2 pengidap barah otak kini berada dalam keadaan koma

Sebak.

Tak dapat digambarkan bila mengetahui yang dia kini berada dalam keadaan kritikal. Apatah lagi umurnya sebaya dengan Along dan merupakan kawan baik Along semasa tahun 1. 

Teringat bila ada beberapa pihak yang mengadu. Anak ini suka tumpang apa yang Along makan. Walhal.. dia sendiri mempunyai wang belanja. Tapi.. sedikit pun tak terdetik untuk saya menegur anak itu. Rupa-rupanya.. Allah menutup pintu hati saya daripada memarahi anak itu atas sebab DIA yang Maha Mengetahui.

Muhammad Haikal Haris Bin Abdullah kini berada dalam keadaan koma. Pengidap penyakit barah otak. Berita terbaru.. otak anak ini dah mati dan hanya bergantung pada jantungnya yang masih berdenyut. 

Haikal Haris kini berada di Hospital Besar Kuala Lumpur di bahagian ICU. Tanpa ditemani sesiapa kecuali ibunya.. seorang wanita tanpa suami.

Berbesarlah hati kiranya ada sesiapa yang dapat menjenguk mereka di sana. Dalam beberapa hari umat Islam akan menyambut kedatangan Syawal.. tentunya kehadiran insan-insan yang memberikan sokongan dan semangat amatlah diperlukan.

Kepada sesiapa yang ingin memberikan sumbangan berbentuk kewangan.. bolehlah berhubung terus dengan ibu Muhammad Haikal Haris ataupun memaklumkan pada saya di chekguisza@gmail.com